Menderma Wang Akan Dikenakan GST Bermula April 2015.


DAP hari ini mempersoalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas badan bukan kerajaan (NGO) yang menyaksikan ia hanya akan menjejaskan penerimaan sumbangan orang ramai ke atas mereka.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata‎ berdasarkan senarai  GST daripada Kastam, hampir kesemua aktiviti kebajikan yang dijalankan oleh NGO akan dikenakan 6%.

"‎Sepatutnya kerajaan yang menyalurkan peruntukkan kepada NGO ini namun sebaliknya mereka mengambil keuntungan daripada badan tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur hari ini.

 
Beliau berkata, pendedahan itu amat mengejutkan di mana ia melahirkan kebimbangan NGO untuk menerima sumbangan terutama daripada syarikat swasta. "‎Seperti pendermaan wang untuk sifar GST hanya tertakluk sekiranya ia melibatkan  tanpa ada kepentingan lain.

“Namun ‎GST akan dikenakan untuk mereka yang menderma wang sekiranya mempunyai kepentingan seperti apabila mereka mengiklankan nama penderma dalam  buku atur cara, menamakan program dengan nama penderma bahkan meletakkan nama penderma pada tshirt, " katanya.

Zairil yang juga penolong setiausaha publisiti ‎DAP berkata aktiviti kebajikan lain seperti memberi sumbangan barangan dan majlis makan malam bagi kutipan dana juga turut dikenakan GST.

"Sumbangan barangan yang tidak melebihi RM500 ke bawah sahaja tidak dikenakan GST, lebih dari itu akan dikenakan, majlis makan malam untuk kutipan derma dihadkan hanya empat kali setahun bagi sifar GST," katanya. Cukai 6% turut dikenakan pada sewa dewan, bengkel latihan dan ambulans.


Beliau berkata dengan pelaksanaan GST yang berkuat kuasa pada 1 April ini akan menjadikan sumbangan kebajikan bertambah "mahal".

"Kebanyakan badan kebajikan di negara ini hanya menerima sedikit peruntukkan atau tiada langsung dana daripada kerajaan. Mereka hanya bergantung kepada persendirian dan sektor korporat‎.

"Ini sebenarnya amat menjejaskan mereka kerana akan menyebabkan pengurangan dari segi sumbangan, malah NGO juga ditekan dengan kos lain lebih tinggi apabila terpaksa mengubah akauntan profesional untuk menguruskan proses rekod aliran wang tunai keluar dan masuk.”

Tambah memburukkan lagi situasi, Zairil berkata, sumbangan dan derma bagi NGO juga dilihat menurun pada tahun ini akibat daripada kemerosotan ekonomi tanpa menunggu GST dilaksanakan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong berkata ekoran daripada kesulitan itu, DAP mendesak agar Putrajaya tidak mengenakan GST ke atas segala bentuk sumbangan dan derma kepada NGO.

"Dengan kesan negatif pelaksanaan GST kepada NGO, Putrajaya seharusnya mempertimbangkan untuk memansuhkan cukai ini hingga negara menjadi matang, mempunyai pendapatan tinggi dan polisi yang kukuh dalam penyaluran dana kepada NGO dan badan kebajikan lain."


Katanya sekiranya Putrajaya gagal memansuhkan GST, maka sewajarnya kerajaan Barisan Nasional menaikkan  perolehan si‎far cukai kepada badan kebajikan sekurang-kurangnya RM2 juta daripada kadar semasa RM500,000. – TMI

Share this :

Previous
Next Post »