Pijak Babi Hutan - Ini Jawapan MMU Kepada Pencinta Haiwan & Netizens Yang Marah DGN Aksi Itu.


Sebelum ini tersebar gambar seorang lelaki sedang memijak seekor babi hutan yang dikatakan telah tersesat memasuki ruang Perpustakaan Digital Siti Hasmah di kampus Universiti Multimedia (MMU) di Cyberjaya yang telah dikritik ramai.

Ramai pengguna di medai sosial mengecam tindakan lelaki itu kerana dianggap biadap memijak bangkai haiwan tersebut walaupun ia adalah seekor babi tetapi ia tetap haiwan makhluk ciptaan tuhan.

Kerana kritikan yang diterima ikut pihak MMU telah mengeluarkan kenyataan berhubung insiden terbabit.

Menurut mereka pihak MMu tidak sedikit pun menyentuh haiwan itu sebelum mati kerana prinsip MMU sendiri menentang sebarang bentuk kezaliman terhadap mana-mana haiwan yang tidak sama sekali dibenarkan di daam Universiti terbabit.

Dalam kejadian itu, babi hutan(Sus scrofa) tersebut teah tersesat dan telah memecahkan pintu kaca perpustakaan berkenaan membuatkan pellajar yang berada dalam perpustakaan tersebut panik.

Mereka telah menghubungu Unit Keselamatan MMU, Unit Keselamatan dan Kesihatan (OSHE) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) untuk mengendalikan kes tersebut.

“Kecederaan haiwan itu tidak ada kaitan dengan manusia, sebaliknya disebabkan oleh panel kaca yang pecah apabila ia mrempuh masuk ke dalam perpustakaan itu.

“Semakin lama haiwan itu berada dalam perpustakaan, semakin itulah ia menjadi agresif dan ganas. Langkah menangkapnya perlu diambil bagi memastikan tidak ada yang tercedera, terutama para pelajar dan kakitangan MMU. Dalam proses itu, ia mati akibat kecederaan yang dialaminya sebelum itu,” kata pihak universiti.

Pihak MMU mempertahan kan tindakan lelaki tersebut yang meletak kaki di atas haiwan berkenaan kerana untuk mengesahkan haiwan terbabit sudah mati atau belum, bukan bertujuan lain.

“Malangnya, ramai yang salah faham. Kami berharap kenyataan ini dapat menjelaskan apa yang berlaku kepada pihak media dan juga masyarakat. Keselamatan semua pihak yang berada di dalam premis sememangnya menjadi keutamaan kami,” jelas pihak MMU.

Diharapkan penjelasan ini dijadikan peringatan oleh semua agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi gambar tanpa meletakkan sebarang penjelasan sahih di laman sosial selepas ini. -SK-

Share this :

Previous
Next Post »