t>

Breaking News

PROTON Meminta Pemilik Kenderaan YG Terjejas Angkara Banjir Berhubung Dengan MAYBANK, Ambank & Bank MUAMALAT Dengan Segera.


Penangguhan pembayaran balik sehingga 6 bulan tanpa dikenakan sebarang caj pembayaran lewat atau lain-lain penalti yang berkaitan. Itu yang dimaklumkan oleh PROTON dalam kenyataan medianya kepada pihak media.

Berita harian melaporkan bahawa Proton Holdings Bhd (PROTON) memaklumkan kepada pelanggannya bahawa Bank Muamalat Malaysia Bhd, AmBank (M) Bhd dan Malayan Banking Bhd (Maybank) menawarkan penangguhan bayaran ansuran hingga enam bulan bagi pinjaman kereta Proton yang terjejas akibat banjir.

Ketiga-tiga institusi perbankan juga turut mengecualikan caj tertentu berkaitan pembayaran lewat atau caj penalti untuk tempoh sekali saja.

Makluman itu selaras dengan pengumuman Bank Muamalat, AmBank dan Maybank baru-baru ini.

"Berikutan tawaran penangguhan berkenaan, pemilik kereta Proton serta keluarga yang terjejas kini boleh menarik nafas lega kerana dapat memberi tumpuan khusus satu persatu bagi tujuan membaik pulih semula kediaman yang rosak selepas banjir.

"Pelanggan yang terjejas perlu menghubungi bank masing-masing dan menghantar permintaan mereka secepat mungkin supaya bank berkenaan dapat dimaklumkan mengenai keadaan mereka dan tidak mengenakan apa-apa penalti jika terdapat sebarang pembayaran lewat," kata Proton.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata usaha tambahan yang ditawarkan institusi perbankan berkenaan dilihat dapat membantu mengurangkan lagi beban pelanggan Proton yang terjejas akibat banjir.

Katanya, langkah bank berkenaan turut memberikan Proton asas untuk memulakan perbincangan dengan institusi perbankan lain bagi membolehkan bantuan sama ditawarkan kepada semua pemilik kereta Proton yang terjejas.