t>

Breaking News

Rakaman Pergaduhan Pekerja KFC Viral Lagi Buat Kali Kedua.


Masih ingat tentang rakaman video seorang pekerja KFC yang bergaduh dengan seorang pelanggannya yang mana kemudiannya pergaduhan kedua2 individu tersebut bertukar menjadi pergaduhan antara dua bangsa utama di Malaysia iaitu cina VS melayu?

Kali neh KFC Holdings sekali lagi menjadi perhatian umum apabila rakaman pergaduhan yang membabitkan pekerja2 KFC viral di laman sosial.

Video tersebut berdurasi selama 39 saat dan dirakamkan di KFC Jalan Raja Laut. Ia melibatkan pergaduhan antara dua beradik dan ia merupakan masalah peribadi yang melibatkan antara mereka yang bergaduh.

Pergaduhan tersebut berlaku ketika KFC masih beroperasi dan ia boleh dilihat dari luar (sudut pelanggan). 

Dan ini pula penjelasan dari pihak KFC atas insiden tersebut ;

Timbalan Kanan Presiden KFC, MJ Ling berkata, siasatan dalaman masih dilakukan.

Ling menulis, pihak syarikat telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui punca sebenar insiden ini berlaku.

"KFC menjalankan latihan terperinci kepada kakitangan bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika  bekerja, namun ia gagal dielakkan.

"Kami akan memperbaiki program yang ada bagi mengelak kejadian sama berulang lagi," jelas Ling.

Rakaman video berdurasi 36 saat itu dirakam oleh pelanggan ketika menunggu giliran untuk membuat pesanan di KFC Jalan Raja Laut.

Pergaduhan menunjukkan pekerja wanita memulakan pergaduhan dengan seorang  budak penghantar (delivery boy).

Dalam masa sama, seorang lagi pekerja lelaki muncul memberi  'flying kick' kepada budak penghantar itu, manakala seorang lagi pekerja lelaki cuma menenangkan keadaan.

Rakaman video berakhir apabila mereka yang terlibat bergerak ke bahagian dapur, kemungkinan untuk mengelakkan lebih banyak perhatian daripada pelanggan.

Sehingga kini, video yang dimuat naik pada petang Sabtu telah ditonton sebanyak 3,713 kali - mStar online

Dan ini video pergaduhan tersebut ;