Saya Minta Maaf Kalau Lambat Datang - Anwar Ibrahim.


Anwar Ibrahim akhirnya memberikan respon berikutan kritikan terhadapnya yang mengatakan dia tidak peka tentang musibah banjir yang berlaku di beberapa negeri terutamanya di Kelantan apabila diminta mengulas dakwaan tersebut oleh wartawan Sinar Harian.

Memetik laporan berita tersebut, Anwar meminta maaf kerana kehadirannya yang lambat di Kelantan. Anwar juga memberikan alasan bahawa dia tidak dapat pulang segera kerana tiada tiket penerbangan dan tempahan tiket tidak boleh ditukar.

Merujuk kepada penyebaran gambar Anwar yang berbasikal di luar negara, Anwar memberikan respon bahawa gambar itu diambil sebelum kejadian banjir besar berlaku di beberapa buah negeri dan tidak adil gambar tersebut dijadikan isu ia kerana berlaku sebelum banjir.

Meskipun dia lambat turun padang ke beberapa negeri yang dilanda banjir namun dia sentiasa peka dengan perkembangan semasa apabila mendapatkan maklumat2 berkaitan dari beberapa pimpinan parti.

Anwar juga meminta agar semua pihak samada dari parti pembangkang mahukan kerajaan kurangkan berpolitik dan lebihkan tumpuan untuk membantu mangsa2 banjir yang terjejas.

Share this :

Previous
Next Post »