Sesi Persekolahan Bagi 2015 Ditangguhkan Sebulan? - Ini Jawapan Kementerian Pendidikan.

Sejak tadi telah tersebarnya beberapa gambar yang kononnya dipetik dari laporan berita yang memaparkan kandungan berita bahawa sesi persekolahan bagi tahun 2015 ditangguhkan selama sebulan. Kenyataan tersebut dikatakan dikeluarkan oleh Muhyiddin Yassin.

Rujuk ;


Berikutan dari penyebaran maklumat tersebut, kementerian pendidikan Malaysia tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul dan berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman rasmi kementerian pendidikan Malaysia berkenaan hal itu.

Penyebaran maklumat dan berita palsu berkenaan penangguhan sesi persekolahan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan bahawa berita yang tersebar di media sosial seperti di bawah adalah PALSU.



MOHON JANGAN SEBARKAN BERITA PALSU YANG TIDAK PASTI SUMBER ASALNYA.




Admin: Pihak kami mendapati terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan maklumat palsu tentang kenyataan akhbar YAB TPM mengenai penangguhan sesi persekolahan. Sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 TELAH DITANGGUHKAN selama seminggu. Tarikh bermula persekolah bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). 

***Mohon agar tidak menyebarkan maklumat palsu.




Rujukan : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Share this :

Previous
Next Post »