t>

Breaking News

Siap Sedia - Musim Sejuk Luar Biasa Di Pantai Timur Selepas Musibah Banjir.


Akhbar Kosmo melaporkan ;

- Malaysia dijangka mengalami cuaca sejuk luar biasa dengan suhu serendah 17.2 darjah celcius bermula akhir bulan Januari 2015.

- Cuaca itu dibayangkan mempunyai persamaan dengan cuaca nyaman seperti musim bunga di kota London.

- Pada tahun lepas, pada bulan yang sama, Januari 2014, negara juga dilanda musim sejuk keterlaluan di beberapa kawasan Pantai Timur.

- Pakar geografi dan kajian iklim dari UKM, Prof Datuk Shahrudin mengatakan keadaan itu berlaku kerana cuaca sejuk melampau di Siberia, Rusia pada ketika ini menyebabkan tiupan udara bertekanan tinggi merentasi negara rantau Asia Tenggara termasukla Malaysia yang kini dalam musim Monsun Timur Laut.

- Tidak mustahil cuaca sejuk luar biasa ini sekali lagi akan melanda ke negara sebelum musim Monsun Timur Laut berakhir pada March nanti.

- Fenomena ini dikatakan bakal dirasai oleh negeri-negeri di sebelah Pantai Timur semenanjung Malaysia yang baru saja menghadapi musibah banjir. Dianggarkan mereka yang kehilangan rumah menghampiri 200,000 orang.

- Menurut prof tersebut, antara faktor kenapa perkara ini berlaku ialah kerana dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.

Baik. Untuk rakyat di Pantai Timur secara khususnya bagi mereka yang kehilangan rumah, aku harap korang bertabah dengan musim cuaca sejuk yang bakal melanda. Sudah tentu ia agak sukar kerana tidur di dalam khemah. Cuaca sejuk akan lebih dirasai kerana berada di luar rumah. Tanpa alat pemanas apatah lagi rumah tempat berlindung dari cuaca hujan, sejuk dan panas.