t>

Breaking News

Terpaksa Makan Ikan Patin Ketika Banjir, Sekarang Sudah Dapat Makan Ayam - Luahan Mangsa Banjir Di Sinar Harian.

Ya Allah. Kesiannya. Makan ikan patin dalam kolam je. Ngeri nya pengalaman tu. Ngeri dan menakutkan. Ada ke patut hanya dapat makan ikan patin yang dibela dalam kolam je. Sepatutnya dia kena la makan maggie yang dimasak dalam air lumpur ataupun tak makan 4 hari macam sesetengah mangsa banjir yang lain. Ini hanya mampu makan ikan patin kolam. Memang teruk, sayu, menyayat ahti sungguh la penderitaan yang dialami oleh kesemua mereka. Ini sambil meleleh2 air mata aku menaip. Sebab sedih sangat tau.

Hehe.

Sinar Harian kembali lagi dengan lawak bangang mereka. Aku tak rasa mangsa2 banjir nak wartawan Sinar Harian highlightkan kisah mereka ambil ikan dari kolam seliaan UMK seperti di bawah neh ;

 
Dengan tajuk yang sedemikian rupa ;


Dari orang menyokong, tiba2 orang jadi meluat selepas membacanya. Pelajar cuma nak share sumber makanan mereka ketika berdepan dengan situasi banjir ialah ikan patin dan sekarang sudah boleh makan ayam. Sapa tak jemu oi makan ikan patin pagi petang siang malam selama beberapa hari berturut-turut. Itu yang sebenarnya point dorang. Aku percaya memang macam tue.

Tapi.. pehh.. sampai ke wartawan..

HAHAHAHA..

Aku tatau la berapa ramai yang bakal dan akan kutuk pelajar2 tersebut sebab cara pemberitaan di atas semacam 'komplen' dapat makan ikan patin kolam. Sedang kita tahu ikan patin bukan murah harganya. Lebih2 lagi ikan patin sungai. Tak faham betul la aku. Bagi aku dan kebanyakan yang membaca berita tersebut, dapat makan ikan patin kolam adalah sejuta kali lebih baik daripada makan maggie gunakan air lumpur ataupun tak dapat makan 4 hari. Wartawan Sinar Harian. Kau elok2 sikit la nak update berita. Kau nak tunjukkan penderitaan dorang dalam menghadapi musibah banjir ka kau nak tunjukkan dorang di atas tak reti syukur sebab dapat makan ikan patin kolam?

Hak ala..