t>

Breaking News

TG Nik Aziz Hidap Kanser Dedah Nik Abduh, Tunjuk Respon Positif Terhadap Rawatan.


"Ayahanda menghidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh para doktor telah berjaya mengawalnya. Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik", itula yang dituliskan oleh Nik Abduh menerusi laman rasmi facebooknya bagi memaklumkan perkembangan terkini keadaan ayahnya, TG Nik Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

TG Nik Aziz tidak pernah sekalipun bercerita tentang penyakit yang dia hidapi selama ini kepada pihak luar. Inila baru pertama kali masyarakat didedahkan secara terbuka tentang penyakit yang dihidapi oleh TG Nik Aziz itu. Itupun oleh anaknya.

Semoga TG Nik Aziz akan kembali pulih seperti sedia kala.

Oleh Nik Abduh ;

Perkembangan Kesihatan Ayahanda:

Ayahanda agak uzur ketika dimasukkan ke wad ICU petang tadi. Selepas diberi rawatan, ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan stabil. Walau bagaimanapun, doktor menyatakan ayahanda perlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.

Ayahanda mengidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh para doktor telah berjaya mengawalnya. Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik.


Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kesihatan ayahanda.

Ziarah ayahanda adalah mengikut prosedur yang ditentukan oleh pihak hospital dan dipersetujui oleh pihak keluarga.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda

21 Januari 2015 / 30 Rabiul Awwal 1436H