t>

Breaking News

TG Nik Aziz Keletihan & Mahu Berehat - Nik Abduh.

Susulan penyebaran gambar TG Nik Aziz yang dilaporkan semakin uzur yang tersebar meluas di laman sosial, Nik Abduh, anak kepada TG Nik Aziz tampil menjelaskan status terkini mengenai kesihatan ayahnya.


Status Kesihatan Ayahanda:

Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda telah tidak turun solat di masjid kerana keletihan. Di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat. Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit. Apa pun baik insya Allah.

Pihak keluarga memohon maaf kerana atas kehendak ayahanda, beliau memilih tidak diziarahi untuk tempoh ini. Mahu rehat secukupnya. 

Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam. 

Terima Kasih.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Anakanda.
28 Rabiul Awwal 1436/19/1/2015