Zamani Maafkan Penyebar Video & Minta Semua Pihak Padamkan Rakaman Tersebut...

Sebelum itu aku dah ulas kat sini : Polis Tidak Mengaku Sebarkan Video Zamani bahawa aku tak yakin Zamani akan ambil tindakan undang-undang dan nampak gayanya telahan aku dah betul.

Melihat kepada penampilan Zamani, dia kan macam lembut je orangnya. Jadi takde la aku fikir yang dia akan bertindak sejauh itu. Apa-apa pun aku harap Zamani akan pulih dan sihat seperti dulu-dulu. Bebas dari gejala penagihan dadah. Aku tengok Zamani neh macam baik je orangnya. Kenapa la dia boleh terpengaruh dengan dadah. Rugi kan. Harap-harap dia mahu berusaha untuk ubati ketagihan dia tue.


Dalam pada itu, abang kepada Zamani, Zulfazli Ibrahim juga memaklumkan kepada pemberita bahawa ;

1. Zamani sudah memaafkan penyebar video tersebut dan berharap perkara itu tidak dipanjangkan lagi.

2. Zamani telah dimaklumkan atas apa yang terjadi dan dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menyebarkan video berkenaan.

3. Dan dia minta agar rakaman tersebut dipadamkan demi menjaga kepentingan semua pihak.

Aku pun ada upload di youtube untuk embed masuk blog. Public la pada awalnya. Dan kini, video tue aku tak padam cuma privatekan. Koleksi peribadi. Bukan untuk ugutan. Personally, aku suka la suara Zamani dalam video tue. Sedap. Macam mana ek. Hisap dadah pun menyanyi sedap dari orang yang tak hisap dadah. 

HA HA HA

Share this :

Previous
Next Post »