t>

Breaking News

Cuaca Semakin Panas Rakyat Dinasihati Elak Minuman Berkafein & Masakan Pedas.


Sebelum neh amaran telah dikeluarkan oleh kerajaan bahawa keadaan cuaca di Malaysia akan bertambah panas bermula dari awal minggu ini. Cuaca panas ini akan berterusan sehingga berakhirnya bulan Mac dan akan kembali normal secara berperingkat.

Cuaca panas melampaui ini juga boleh mengundang maut bagi mereka yang terkena strok haba dan rakyat dinasihati agar peka dengan pengambilan air agar mencukupi.

Satu lagi yang aku harap ialah kerajaan boleh keluarkan larangan aktiviti sekolah yang menyebabkan budak2 kena berjemur. Terutamanya budak2 yang kena berjemur time perhimpunan masa sesi petang.

Dan perhimpunan selepas rehat bagi budak2 sekolah sesi pagi.

Di sesetengah sekolah seperti sekolah bandar atau sekolah jenis cina mereka memang ada dewan kot. Tapi masih terdapat sekolah kebangsaan yang tidak memiliki dewan dan kadang2 budak2 ini disuruh berjemur tengah2 panas untuk dengar cikgu2 berucap. Boring gile (sorry cikgu cikgi, rasanya mereka yang bukan cikgu memang tidak akan memahami korang kot ha ha ha). Kesian la juga. Aku tak salahkan pentadbiran sekolah oke. Sebab perhimpunan ialah satu2nya situasi yang boleh digunakan untuk sampaikan apa yang perlu kepada murid2 secara sekaligus. Berbanding di sekolah maju. Mereka ada pembesar suara. Bila2 masa boleh buat pengumuman. Bahkan dewan mereka siap berkerusi berpentas lagi. Jauh ketinggalan la nak banding dengan sekolah Malaysia. Tapi untuk penyelesaian jangka pendek, budak2 perlu dikurangkan untuk berjemur bagi mengurangkan risiko penyakit akibat cuaca panas berpanjangan dalam masa sebulan neh. Yang ada dewan boleh berhimpun di dewan, yang takde dewan, berhimpun la time cuaca redup. Btw, kalau di sekolah kebangsaan, kipas pun macam bukan kipas. Panas gile. 

Baca ;

Orang ramai dinasihati agar mengurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing seperti minuman berkafein, kopi, teh dan air berkarbonat ketika cuaca panas.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL) Ridzoni Sulaiman berkata pengambilan minuman berkenaan menyebabkan individu akan kerap membuang air kecil sehingga mengakibatkan badan kekurangan cecair.

"Sudah menjadi kebiasaan, bila bangun pagi minum kopi atau teh, tetapi pada musim cuaca panas ini, ia tidak sesuai kerana akan menyebabkan kita kerap kencing, sedangkan badan kita memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.

"Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata selain minuman berkafein, pengambilan ubat diuretik terutama di kalangan pesakit darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil.

Sehubungan itu, Ridzoni berkata pesakit dinasihati agar mendapatkan nasihat doktor tentang alternatif atau cara untuk mengurangkan dos ubat berkenaan untuk sementara waktu bagi mengurangkan cecair dalam badan hilang secara paksa (kencing).

"Di samping itu, yang paling utama ialah setiap individu perlu memastikan bahawa mereka meminum air yang cukup iaitu kira-kira dua liter dalam tempoh 24 jam (sehari).

"Boleh minum lima gelas jus buahan-buahan dan lima gelas air kosong kerana selain membekalkan air, buah juga boleh membekalkan zat-zat lain seperti sodium, potassium dan vitamin C," katanya.

Ridzoni berkata bagi golongan berumur 50 tahun ke atas, mereka lebih mudah terdedah kepada dehidrasi kerana faktor umur yang meningkat menyebabkan mereka berasa kurang haus.

"Cara yang mudah ialah memeriksa air kencing kerana kencing yang pekat menunjukkan badan kekurangan air. Selain itu, jika kita melekapkan bibir atas dan bawah, dan jika ia melekit, seperti terkena air gula, itu bermakna mereka kurang air.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula menasihati orang ramai mengurangkan pengambilan makanan yang pedas bagi mengelak peningkatan suhu badan.

"Ambil makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, betik dan tembikai susu, sayur-sayuran contohnya tomato, timun dan sawi, serta masakan seperti sup, tumis air dan masak pindang boleh meningkatkan pengambilan air.

"Kita juga boleh mendapatkan sumber air daripada minuman seperti air kosong, susu dan makanan seperti sup dan yogurt," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata orang ramai juga boleh melayari laman web Bahagian Pemakanan www.nutrition.moh.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Panduan Diet

 Malaysia atau kemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan melalui Facebook Bahagian Pemakanan iaitu Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Meteorologi ketika dihubungi Bernama pula berkata suhu maksimum di beberapa bandar utama hari ini termasuk Kuala Lumpur mencecah 34 darjah kerana negara pada masa ini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada penghujung Mac ini.

Kebanyakan kawasan terutamanya di utara pantai barat Semenanjung Malaysia kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering. - Bernama