t>

Breaking News

Den & TGNA - Luahan Mesti Baca.


Den & TGNA

Den kenal TGNA agak lewat. Dlm darjah 3 darjah 4 gitu. Kenal melalui satu tulisan rencana yg mengkritik TGNA dlm akhbar Berita Harian. Dlm rencana tersebut penulis telah kondem TGNA (yg nak bawa sistem Islam) krn menerima sistem demokrasi tetapi dlm maso yg samo mengkritik sekular. Sekular & demokrasi kedua2 sistem itu dtg drpd barat tetapi apsal TGNA boleh trimo salah satu sistem drpd barat? Tanyo sang penulis. Penulis juga meramalkan bhw PAS akan memerintah Msia pd thn 2063. Itupun sbb Msia sudah menjadi negara maju dan boleh la diberi peluang kpd PAS utk memerintah Msia. Selagi negara ini tidak mencapai status negara maju mako PAS tidak layak memerintah tanahair. Sbbnya, Kelantan yg diperintah TGNA tidak maju2. Den yg membaco tulisan tersebut berkato dlm hati, poyo btul si Nik Aziz ni ek. Alaa den bebudak lagi time tuh. Bukan reti apo pun. Ngeee.....

Lamo selopeh itu dtg tahun 1998 tahun nuar dituduh meliwat Munawar Anees. Den tak tahu la mcm mano diorg boleh kaitkan Munawar Anees dgn nuar. Mmg bangang btul lah. Kalau iye pun nak berkonspirasi jatuhkan nuar, cari la jantan yg hensem sikit. Itu psl diorg upgrade hantar Saiful Bukhari yg berwajah jambu 10 tahun kemudian. Tahun 1998 tahun tu jugak lahirnya gerakan Reformasi. Byk ceramah dtg kek area rumah den dan juga kampung den. Ayah den rajin turun ceramah. Dio turun, den akan dipakso turun sekali. Den dieksploitasikan oleh ayah den sbg tukang kejut bilo balik karang. Ayah den goma tido sambil drive keto pulang ke rumah. Jadi den kono memastikan ayah den berjago tidak tido time dio memandu. Jikalau den tidak menajalankan tugas, sudah pastilah korang tidak menikmati tulisan den skrng. Huhuhuhu.

Hampir kesemuo ceramah2 PAS pasti ayah den poie dgr. Mat Sabu ceramah, cukup kuek ayah den golak bilo Mat sabu buek kelakar. Kalau arwah Ust Fadhil Noor ceramah, den konfem tido atas rumput beralaskan paper. Hadi ceramah mmg power. Semangat bai. Tapi dlm byk2 penceramah PAS, TGNA je lum turun berceramah kek tompek den.

Tahun 1999 tahun PRU. Lagi byk ceramah dianjurkan. Hampir setiap hari. Satu hari ayah den arahkan sumo org berkemas balik kampung. Apehal pulak nih? Rupo ey TGNA nak turun berceramah kek kampung den. Pucuk dicita ulam mendatang bai.

Pd mlm tersebut, Hatta Ramli berceramah dulu. Dlm leka mendgr ceramah Hatta tibo2 belakang den bising (bunyi org bertakbir). TGNA dah sampai. Pastu TGNA pun mulalah berceramah. Sumo org sonyap. Den agak tokojut sbb biji butir yg kluar drpd mulut TGNA bukan ceramah politik. Dio ceramah suruh org jago solat. Mak ai. Tak ponah dibuek kek org pentas ceramah dijadikan kuliah masjid. Tak lamo lopeh tu TGNA suruh para hadirin yakin dgn akidah ajaran Islam lalu membandingkannya dgn ajaran Kristian.

TGNA ckp "Lagu mano Kristian mendakwa ajaran mrk lengkap sedangkan Isa tidak seperti nabi kita. Mrk berkahwin sdgkan Isa tidak kawin, mrk ikut lagu mano? Isa sentiasa dlm pelarian, pah lagu mano mrk bernegara? Nabi kita lengkap, dia kawin, dia ada anak, dia pemimpin negara dan dia mcm-mcm lah. Bg kita, kita ada petunjuk. Kita kawin, kita ikut cara tertib nabi kawin. Kita didik anak, kita turut cara nabi didik anak. Umat Kristian tak leh turut semua itu sbb Isa belum sempat kawin, belum sempat ada anak, belum sempat bernegara, Allah sudah jemput Isa ke langit" Lebih kurang gitulah ucapan TGNA yg masih terngiang2 kek telingo den. Den dan org kampung sumo terngango dgr ucapan TGNA yg sedemikian rupo.

Kalau penceramah PAS yg lain dio suko kutuk Umno dan Mahathir. Ado yg perli bini Mahathir kalau angin tiup terbang rambut ey. Bunyi mmg kelakar la tapi kau dah menghino peribadi org. Tapi TGNA tak ponah hino org. Pernah sekali Zunar buek gmbr (lakaran kartun) yg menghino Mahathir masuk dlm paper Harakah, trus TGNA sound jgn dihino peribadi lawan. Walhal Mahathir adolah musuh politik TGNA. Boleh je TGNA tutup sebolah mato kartun si Zunar tuh. Tapi TGNA jujur dgn ilmunya. Kagum den.

Nak dijadikan story, ayah den ditukarkan ke Pangkalan Chepa. Dekat 2 tahun famili den duk Kelantan. Tapi time tu den dah masuk U. Ado sekali balik tuh, jiran den bgth bhw ado pembesar Umno buek ucapan rasmikan mesyuarat bahagian Umno kawasan. Tgh-tgh dio berucap dio kutuk TGNA. Tak sampai seminit dewan tu kosong. Kesemuo ahli2 Umno kek situ telah memboikot ucapan pembesar Umno tersebut. Peh. Ini kalau Obama dgr pun dio bulih pitam.

TGNA politiknya sgt matang. Tak pilih bulu dan sentimen. TGNA sgt baik dgn nuar. Tapi bilo nuar buek Langkah Kajang, keakraban TGNA dgn nuar selamo ini tidak membutokan judgement politik TGNA. TGNA menyokong Khalid Ibrahim kekal sbg MB Selangor dan pendirian TGNA itu kekal dibawa bersamo hinggo ke liang lahadnya. Itu sobab demo membela nasib nuar pd Sabtu lopeh tak dapek sambutan drpd org PAS. Politik jujur selalu diberkati tuhan.

TGNA bukan manusio maksum. Kalau TGNA maksum sudah tontulah kito mempunyai 26 nabi. Tapi wahyu sebut kito cumo ado 25 nabi shj. Mako ado salah silap yg TGNA buek tapi didiamkan sbb kebaikkan yg dio buek kpd ummah terlalu bosa. Sungguhpun begitu ini bukanlah ruang yg sesuai utk membicarakan salah silap TGNA.

TGNA adolah negarawan ulung. Bukan setakat melayu, cino india juga menyanjungnya. TGNA telah buek satu penanda aras kualiti (sbg ahli politik & ulama) yg terlalu tinggi utk digapai oleh politician dan para ulama yg ado skrng dan yg akan dtg. Penanda aras ni mcm pencapaian. Atau benchmark kalau nak raso jobo dgn bhs omputih. P. Ramlee dan Mokhtar Dahari juga telah letak penanda aras yg tinggi utk digapai dlm bidang mrk masing2. Sejarah menunjukkan puluhan tahun kito menunggu tokoh yg boleh menandingi ketokohan P. Ramlee dan kehebatan Mokhtar Dahari tetapi para pelapis bukan shj gagal utk melepasi penanda aras yg telah diset oleh tokoh terdahulu tapi juga gagal utk samo par dgn mrk. Den yakin penyakit ini juga akan berjangkit dlm menyaingi legasi yg ditinggalkan oleh TGNA. Puluhan malah ratusan tahun pun belum tentu kito boleh mendapat seorg tokoh hebat yg boleh menandingi penanda aras yg ditinggalkan oleh TGNA. Den raso ini mmg penyakit org melayu kot. 

Tgk cino. Bruce Lee mati. Penanda aras yg ditinggalkan Bruce Lee kini sudah digapai oleh Jackie Chan. Bukan setakat gapai malah sudah jauh meninggalkan penanda aras yg ditinggalkan Bruce Lee. Itu sobab Agong kito yg melayu bg dio title Dato'. Sbg mengiktiraf pencapaiannya. Tapi pencapaian TGNA lobih hebat drpd Jackie Chan. Agong dah lobih drpd patut mengiktiraf pencapaian TGNA dgn title Tun. Tak dapek bg time hidup, time TGNA dah kembali ke Rahmatullah, bg lah title Tun kpd pewarisnya. Walaupun title Tun bukanlah keutamaannya, tapi TGNA perlu diiktiraf pd kadar yg sepatutnya.

Sudah seminggu TGNA meninggalkan kito. Prk Bagan Pinang dan Prk Hulu Selangor dulu den turun buek kojo nak kalahkan BN. Dlm 2 Prk ni jugak TGNA dtg berkempen dan berceramah. Bilo berceramah, TGNA akan ingatkan hadirin supayo jago solat dan menjadi manusio yg disukai Allah. Samo mcm ceramah beliau kek kampung den tahun 99 dulu. Tak berubah langsung. Itu pentas politik. Tapi dijadikan sbg pentas kuliah agamo oleh TGNA. Ini pendapat drpd spek mato den, TGNA mengeksploitasikan politik demi keberlangsungan dakwah Islam. TGNA memperkudakan politik supayo mudah utk beliau menyampaikan dakwah Islam. Itu bilo di luar Kelantan. Bilo di dlm Kelantan, sbg MB, TGNA menyampaikan dakwah Islam plus mengimplimentasikan apo yg telah diucapkannya. Ini apo yg den nampak. Lalu den respek dan hormat TGNA dgn apo yg den nampak. Tapi time TGNA hidup, media massa selalu mentohmah TGNA sbg seorg yg mengeksploitasikan agamo demi keuntungan politik peribadi. Kalau korang org media masih ado niat nak bertaubat, pandai-pandai lah korang cover balik kesalahan yg ponah korang lakukan terhadap TGNA. Sekian.


Sumber.