t>

Breaking News

Gambar2 Demo Ahli PAS Mempertahankan TG Hadi Awang Sebagai Presiden PAS.

Perlu diraikan. Ini pendapat aku la.

Penyokong2 dan ahli2 PAS yang mahu berhimpun dan sokong presiden PAS perlu diraikan sebagaimana ahli2 PAS menubuhkan PASMA bagi menyingkirkan Hadi Awang. Matlamat lebih tersusun jika ada satu organisasi atau gerakan yang disasarkan untuk menjatuhkan presiden PAS.

Cuma, suka tak suka ahli2 PAS perlu raikan juga la secara terbuka kesan daripada setiap tindakan mereka. Baik yang menubuhkan PASMA mahupun yang menyokong presiden PAS.

Kesan dari tindakan PASMA bahawa kita tahu la yang PAS bergolak di peringkat atasan. Kita juga terdedah kepada pemimpin2 dan wakil rakyat PAS yang pro PKR dan DAP dan pemimpin2 PAS yang pro Hadi Awang dan juga pimpinan PAS yang play safe dan juga pimpinan PAS yang tak pro pada sapa2 tetapi sekadar mengambil kesempatan juga pemimpin2 PAS yang malas nak amek port gaduh2 neh baik turun padang bantu rakyat lagi ada faedah.

Begitu juga kesan dari demo sana demo sini demi pertahankan presiden PAS. Kita terdedah la dengan satu bentuk pemikiran bahawa ahli2 PAS neh sama juga macam ahli2 PKR dan DAP dan BN. Yang beria2 demo demi pertahankan pemimpin. Sedang bila Hadi Awang, LGE atau Anwar atau Najib (boleh dipertimbangkan atas nama dia terikat tugas sebagai perdana menteri dan kerana sistem negara seperti itu, iaitu seorang wakil rakyat yang mewakili parti perlu dilantik menjadi perdana menteri) ponteng, takde pula beria2 tegur atau perbetulkan pemimpin masing2. 

Macam Hadi dan LGE. Sebenarnya takde alasan. Yang memandai2 bertanding dua kerusi sapa suruh? Sendiri cari pasal kalau tak reti focus. Macam Anwar, juga takde alasan kalau bukan sebab perbicaraan. Pandai2 la nak susun jadual agar tak bercanggah dengan kerja2 lain (luar). Bukan ada persidangan parlimen hari2. Toksah nak membohong la. Dengan partisan dan penyokong tegar korang semua boleh la korang tipu. Tapi dengan non partisan jangan harap la ko nak memperbodoh2kan kami. Ingat kami jenis jilat partisan dan pemimpin ke? Takde masa. 

Berbalik semula kepada cerita demo, berikut adalah gambar2 yang dirakam ketika penyokong2 PAS berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada TG Hadi Awang.




 





KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim mendedahkan usaha beberapa pihak dalam Pas sendiri untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau turut menamakan beberapa pemimpin tertinggi Pas Pusat yang didakwa mendalangi perbuatan itu.

"Mereka menubuhkan Pasma serta menyusun strategi untuk memecahbelahkan kesatuan di kalangan ahli Pas dan melakukan 'grand design' untuk menjatuhkan presiden dan kepimpinan ulama.

"Mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh presiden Pas dan Majlis Syura Ulama Pas yang dilihat tidak selari dengan kehendak pihak-pihak tertentu dalam PR," katanya kepada pemberita di hadapan pekarangan Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini. 


Dan, dari apa yang aku perhatikanlah kenapa Hadi mahu dijatuhkan oleh puak2 tertentu adalah disebabkan ;

1. TGHH tidak mesra DAP dan PKR
2. TGHH tidak sependapat dengan DAP dan PKR dalam banyak hal
3. TGHH suka buat keputusan sendiri
4. TGHH tidak mesra dengan beberapa pimpinan PAS pusat
5. TGHH tak boleh 'get along' dengan beberapa perkara atas sebab mungkin terdapat beberapa pihak dalam PAS mahu membawa PAS bersatu dengan UMNO dengan mempergunakan TGHH secara tidak langsung tanpa TGHH sendiri menyedari akan perkara itu.

Kesemua alasan2 ini aku dapat hasil dari pemerhatian aku atas mereka2 yang mengkritik TGHH.

Takde satu pun alasan mereka yang sama dengan alasan aku.

Alasan aku.

1. TGHH tak buat kerja
2. TGHH tidak reform PAS ke tahap yang membanggakan sesuai dengan peredaran zaman
3. TGHH bersikap double standard dalam meneliti skandal yang membabitkan PAS
4. TGHH gagal bahas masalah rakyat seperti kos sara hidup dan sebagainya

Mereka mahu singkirkan TGHH atas sebab politik. Dan mereka yang lain pula mahu pertahankan TGHH atas sebab politik.

Aku pula mahu singkirkan TGHH atas nama rakyat dan mahu pertahankan mana2 pemimpin yang boleh buat kerja juga atas sama rakyat.

Tak sama matlamat. Andai kata TGHH jatuh tetap la orang politik akan lantik orang politik untuk ganti jawatan politik sebab orang politik bukan nak menaikkan orang yang buat kerja pun.

Korang tengokla kalau tak percaya aku cakap apa..

HA HA HA