Isu Indonesia Demo Tuntut Popia Dari Dirampas Malaysia - Menteri Pelancongan Sound Indonesia KAW2.


Bagus.

Ini baru la menteri. Selama neh entah kenapa menteri-menteri di Malaysia macam takde konek. Maaf. Terlucah sebentar. Terpengaruh dengan budaya geng2 pelucah dalam UMNO.

WAKAKAKA..

Sesetengah puak di Indonesia sering buat demo dan protes yang mengarut2 bagi menzahirkan rasa menyampah mereka terhadap kita. Itu satu. Yang kedua. Tindakan sesetengah kumpulan pejuang hak di Indonesia juga seolah2 cuba menyemai kebencian kepada kita, rakyat Malaysia. Seolah2 mereka mahu rakyat Indonesia jadi benci dan marah pada kita.

Kan tak adil. 

Patut mereka perincikan isu kalau nak zahirkan rasa benci pun.

Dan menteri2 di Malaysia pula sering ambil pendekatan buat bodoh dan biar je kita kena sound dan sindir macam2 oleh puak sana. Tak habis-habis dituduhnya Malaysia maling.. maling.. then depa tukar ayat. Dari Malaysia kepada Malingsial. Cam celake je bila aku baca.

Makin naik lemak la depa. Buli2 kita apa bagai. 

Menteri dah tentu tak bekap kita. Kita plak dah tentu malas nak protes isu2 remeh temeh bagai neh. So mereka fikir mereka boleh pijak2 kepala kita kot.

Akhirnya ada juga mulut si Nazri neh nak sound balik puak2 meroyan kat sana tue. Harus diingat. Kami rakyat Malaysia membezakan rakyat Indonesia berdasarkan baik dan jahat. Bukan emosi terlampau. Mohon Indonesia jangan gabra sangat tuntut benda2 mengarut sampai nak protes bagai. Memalukan siot.

Baca kenyataan Nazri Aziz isu Indonesia tuntut popia dari Malaysia.

“Tutup mulut. Jika mereka mula menuntut semua ini, maka bagaimana dengan bahasa Indonesia?” soal Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung tindakan kumpulan tertentu yang menuntut makanan Lumpia Semarang atau popia sebagai milik eksklusif Indonesia.
Beliau menggunakan perbandingan bahawa bahasa Indonesia berasal daripada bahasa Melayu yang berasal dari Semenanjung Malaysia, dan mempersoalkan, apakah Malaysia boleh menuntut ia sebagai eksklusif milik negara ini.
Sehubungan itu tegas beliau, persoalan menuntut hak eksklusif atau mencuri sesuatu bentuk makanan, tradisi atau budaya tidak sepatutnya wujud memandangkan Malaysia dan Indonesia terletak dalam wilayah serantau yang lebih besar iaitu Nusantara yang pastinya mempunyai persamaan dalam banyak aspek kehidupan.
“Tanya mereka bahasa Melayu milik siapa? Bahasa Melayu datang dari Semenanjung Malaysia. Kita semua adalah satu di Nusantara,” tegasnya.
Beliau menambah, “mereka tidak boleh menuntut semua di Nusantara ini sebagai hak mereka. Seluruh wilayah (Nusantara) ini adalah satu.”
Nazri menjelaskan, Malaysia dan Indonesia adalah sebahagian daripada wilayah dalam Kepulauan Melayu yang dipanggil Nusantara.
Maka sebab itu juga katanya, kedua-dua negara berkongsi persamaan budaya, tradisi, bahasa yang berubah dan berkembang seiring dengan masa.
“Ini bukan isu sebenarnya. Mereka patut tutup mulut sebelum mula menuntut itu dan ini,” katanya, lapor The Rakyat Post.
Kumpulan Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi), dikatakan mendakwa popia atau lumpia merupakan makanan khusus dari Semarang yang mendorong tindakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, baru-baru ini.
Kewujudan popia atau lumpia di Indonesia dipercayai diasaskan oleh Tjoa Thay Joe, seorang lelaki keturunan Cina yang menetap di Semarang, yang menikah wanita pribumi bernama Mbok Wasi pada tahun 1870 lalu.
Dalam bantahan tersebut, Bu Me Me yang mendakwa generasi kelima Thay Joe dan Mbok Wasi menuntut Malaysia tidak memasukkan popia dalam senarai makanan warisannya.
Popia adalah sejenis kuih yang popular sebagai makanan tradisi di seluruh Asia Tenggara dengan persamaan yang jelas antara beberapa negara jiran seperti Filipina dan Vietnam. Ia juga sudah sebati dalam masyarakat Korea, Taiwan dan Hong Kong.
Merujuk kepada pengaruh kuih itu di Malaysia, ia dikatakan berasal seiring dengan kedatangan para pedagang Cina pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah kemasukan bersistematik komuniti tersebut sewaktu pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke-18.
Di China, popia merupakan hidangan tradisional yang dipercayai wujud sejak zaman Dinasti Jin Timur sekitar tahun 265 hingga 420 Masihi. -FMT.

Share this :

Previous
Next Post »