t>

Breaking News

Lebih 18,000 Remaja Hamil Pada Tahun 2013 - Apa Kata Rakyat Malaysia?


Ramai yang focus kepada isu pendidikan seks bagi pelajar lelaki di sekolah menengah. Bahkan ada cadangan yang mengesyorkan agar pelajar perempuan turut diajar tentang pendidikan seks di sekolah. Ada yang menyokong dan ada yang membantah silibus berkenaan.

Yang menyokong mengatakan bahawa ini la masa terbaik untuk mendidik para pelajar (remaja) ini tentang apa itu seks dan bagaimana mereka harus bersikap tentang hal itu.

Yang membantah pula sebenarnya risau dengan silibus berkenaan. Mereka tidak tahu isi kandungan silibus berkenaan secara terperinci dan dalam waktu yang sama menyeru agar pihak sekolah menekankan pendidikan agama ke atas remaja2 tersebut.

Harus diingat. Bukan semua orang menganuti agama Islam. Dan bukan semua remaja yang mengandung adalah orang Islam. Ada juga yang bukan Islam. Tapi dari segi statistik, nampak macam yang menganuti agama Islam menjuarai topik.

Aku takde point dalam isu pendidikan seks. Aku sekadar perhatikan point orang lain. Biarla mereka yang menyokong dan membantah berbahas sesama sendiri dan kita nilai la yang terbaik di antara mereka.

Cuma aku tertarik dengan satu point bagi membenarkan tindakan kerajaan mengajarkan pendidikan seks di sekolah. Menurut satu kenyataan akhbar yang dipetik menerusi laporan New Sunday Times yang dilaporkan oleh Malaysiakini, mengatakan bahawa pada tahun 2013 sahaja, semata-mata, terdapat 18,000 ribu remaja mengandung.

Ya.

18,000 ribu remaja mengandung.

Merujuk kepada julat usia antara 10 hingga 19 tahun. 

Secara logiknya, jika kau hamil dalam nikah kenapa pula ini masalah, betul tak? Sungguh pun laporan tersebut tak define kehamilan itu kehamilan luar nikah tetapi point lebih 18,000 ribu remaja hamil pada tahun 2013 dan dikaitkan pula dengan topik pendidikan seks maka ini memberikan gambaran kepada kita bahawa lebih dari 18,000 remaja hamil angkara hubungan seks. Hamil di luar pernikahan. 

Dan bagi aku angka ini cukup besar. Kes direkodkan hanya merujuk kepada sepanjang tahun 2013 semata-mata. Kau tak rasa gila ke? Aku tengok angka tue pun dah rasa menakutkan. Padan la ada kempen save my dara. Sekurangnya2 18,000 ribu remaja pada tahun 2013, dah confirm takde dara sebab dah confirm mengandung.

Gila kot. Masa aku sekolah dulu umur 10 hingga 19 tahun ialah umur aku pun takde minat nak tahu pasal seks apatah lagi mendekati ke arah itu. Remaja sekarang dah macam hapa aku tengok. Umur baru 13 tahun tapi tetek dah besar. Sorry. Aku terjumpa ramai budak macam neh. Kadang2 aku yang berdiri sebelah mereka, badan mereka lagi besar dari aku. Apa kes?

Ha Ha Ha

Dalam kajian tersebut juga menyatakan bahawa kehamilan remaja yang tertinggi direkodkan ;

Sabah
Sarawak
Johor
Selangor
Perak
Dan Pahang.

Apa dah jadi? Sabahan, Sarawakian, Johorian, Selangorian, Perakian dan Pahangnites?

Seks boleh. Lepas kahwin. Masa muda neh. Baik kau focus untuk belajar dan mengembara cari pengalaman dan ilmu. Lepas kahwin nanti sibuk nak kerja dan jaga anak. Jangan sia-siakan usia muda untuk romen tak tentu hala sebab masa muda itu emas. Takan kau nak bagitau kat anak cucu masa muda kau sibuk memikirkan nak beromen dari memikirkan cari ilmu. Jadila manusia yang bermaruah wahai perempuan di luar sana. Mahalkanlah diri anda. 


Bai.