Memalukan - Banduan Warga Asing Lolos Dari Tahanan Penjara !!!!

Memalukan!!!

Sibuk jaga twitter.
Sibuk jaga facebook.
Sibuk jaga wall Najib.
Sibuk jaga media sosial.
Sibuk jaga orang demo.

Oii. Banduan dalam penjara pun boleh terlepas ka woi? Apa dah jadi dengan kawalan keselamatan dalam kawasan penjara? Bukan hilang ketika di bawa keluar. Hilang dekat2 kawasan penjara juga. Gileee.. nasib baik kat Kluang. Kalau kat Sungai Buloh mesti Anwar yang kena tuduh.

HAHAHAHA...

Seorang banduan warga asing dipercayai melarikan diri ketika sedang membuat kerja-kerja pembersihan di luar tembok penjara kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurut sumber dari  Jabatan Penjara Kluang, kejadian itu berlaku ketika banduan tersebut sedang membuka khemah selepas Jabatan Penjara Kluang mengadakan hari terbuka penjara sempena Tahun Baru Cina, semalam.

"Ketika berehat, dia dipercayai menyusup keluar dari kawasan Kompleks Penjara Kluang dan hanya disedari sebaik kerja-kerja pembersihan selesai.

"Banduan terbabit adalah warganegara Indonesia berumur sekitar 33 tahun dengan ketinggian lebih kurang 157 sentimeter dan berkulit gelap,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sumber turut menyatakan usaha mengesan dan mencari banduan tersebut sedang giat diadakan di sekitar kawasan Penjara Kluang dan kawasan penempatan berhampiran.

Beliau berharap bagi sesiapa yang mengetahui mengenai banduan berkenaan boleh terus menghubungi pihak penjara atau balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Mohd Roze Shaari ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya akan menjalankan operasi pencarian serta sekatan bagi menjejaki banduan tersebut.

“Kepada orang ramai yang mengetahui maklumat atau terserempak dengan banduan yang memakai pakaian berwarna hijau boleh terus menghubungi pihak kami dengan segera,” katanya. -SH.

Share this :

Previous
Next Post »