t>

Breaking News

PAS, Aku Tanya Engkau Apa Khabar..


PAS, kau apa khabar?

Mufti Perlis kluar statement suruh PAS dan Umno bergabung. Video audio Mat Sabu nak jatuhkan Hadi dah kluar. Sampai masuk Buletin Utama tv3. Dengar video Mat Sabu sembahyang pakai batu Karbala pun akan release tak lamo laie. Pasma makin mengganas. Diremote control dari dlm sel penjara Sungai Buloh oleh seseorg yg digelar dinosour oleh Mufti Perlis. Lepas terdedah printscreen mcm Zuhdi, Hatta Ramli tak kata apo pun smpi skrng. Mahfuz Omar kol Sirul 15 kali pakai baju PAS tapi hatinya milik Pasma. Husam Musa nampak mcm Pasma tapi sumber yg rapat dgnnya mengatakan Husam tak prnh suko pun dgn nuar. Suhaizan Kayat konon amal politik budiman tapi adokah PAS sebuah parti yg budiman skrng nih? Dr. Dzul pulak dah berani lawan ulamak yg ado dlm Multaqa Ulama. Jadi, apo akan jadi pd PAS?

Kalau status quo yg ado skrng ni maintain sampai pemilihan Muktamar PAS pd bulan Jun akan dtg, mako mungkin buek pertamo kali ey kito akan lihat org pakai serban baling kerusi plastik dlm dewan. Mrk-mrk yg dipanggil ulamak dlm PAS mmg dihormati oleh majoriti ahli PAS. Rakyat Msia jadi ahli PAS pun sbb tertarik dgn slogan 'Kepimpinan Ulamak' yg dipropaganda oleh PAS selamo ini. Tanpo mrk sedari bhw slogan 'Kepimpinan Ulamak' ini sbnrnya timbul buek kali pertamo ey sbg propaganda yg nak jatuhkan Dato' Asri Muda sbg Presiden PAS di akhir tahun 70-an dulu. Yg mengeksploitasikan slogan 'Kepimpinan Ulamak' utk jatuhkan Dato' Asri Muda sbg Presiden PAS ketika itu ialah Mat Sabu, Mustapha Ali, Hadi, geng Ganu dan ramai lagi. Slogan 'Kepimpinan Ulamak' dieksploitasikan dgn semaksimun mungkin utk diskredit Dato' Asri Muda. Sobab apo? Sobab Dato' Asri Muda bukan ulamak. Selain dari itu, keputusan Dato Asri Muda membawa PAS menyertai BN selepas Peristiwa 13 Mei juga menjadi point utamo utk diskredit beliau. Ringkas story, akhirnya Dato' Asri Muda berjayo dijatuhkan. 

Slogan 'Kepimpinan Ulamak' yg menjadi senjato utamo nak jatuhkan Dato' Asri Muda kini dijadikan sbg senjato utk menarik rkyt Msia menyertai PAS. Terbukti berjayo bai. Ulamak dipandang tinggi oleh org Melayu. Ulamak tidak turun ke jalan raya utk membela nasib mrk pun mrk tak kisah. Ulamak tmptnya di masjid. Ulamak turun ke masjid mako ribuan rkyt (termasuk ahli PAS) akan turun sekali. Hatta Ramli, Mat Sabu, Dr Dzul, Aiman Athirah Al-Jundi, Mahfuz Omar dlll yg turun ke jalan raya utk membela nasib rkyt tidak pun menambat hati majoriti ahli2 PAS krn bg mrk itu mmg tugas kau sbg bukan Ulamak. Tapi kalau Ulamak PAS bg perintah turun ke jalan raya, mako ribuan org akan turun ke jalan raya.

Betul ke PAS akan masuk Umno? 

Hadi dan Mustapha Ali tidak mungkin mengulangi episod yg prnh dibuek oleh Dato' Asri Muda. Mrk berduo adolah sebahgian drpd sejarah yg menjatuhkan Asri pakai point PAS lomah dan berpocah krn bodoh masuk BN. Kalau PAS masuk jugak BN, mako episod kejatuhan Asri akan berulang ke atas mrk. Hadi kalau belajar drpd sejarah dah tontu xnak pekara yg berlaku atas Asri berlaku ke atas dirinya. 

Abis takkan PAS kekal dgn Pakatan Rakyat? 

Skrng agenda DAP nak nyahkan PAS kluar drpd Pakatan. Bodoh la sapo tak nampak akan hal ini. PKR pulak 50-50. Nuar tahu, kalau PAS kluar Pakatan mako impian utk takluk Putrajaya akan tinggal impian semato2. Suko atau tidak, jentera pilihanraya PAS sgt power dan pro. Itu psl bilo Hadi tak mahu dgr ckp nuar dlm kes MB Selangor, nuar initiate Pasma. Eksploitasikan Pasma utk jatuhkan Hadi tapi dlm pd maso yg samo jentera pilihanraya PAS kekal bersamo Pakatan. Tapi realitinya Hadi mendapat sokongan simpati dan tidak berbelah bahagi majoriti ahli PAS yg pro dgn slogan 'Kepimpinan Ulamak'.

Adokah PAS akan pocah duo? 

Mujahid Yusuf Rawa prnh berckp bhw dlm sejarah, mano-mano serpihan drpd Parti PAS takkan hidup lamo. Berjasa, Hamim dan byk lagi sudah jadi kubur yg tidak bertando. Rumusan Mujahid ialah sapo kluar PAS dan tubuh parti baru mako parti serpihan itu akan mati. Adokah Mujahid masih kekal dgn statementnya itu dgn situasi skrng? Den sendiri prnh tol Husam, bertanyo adokah dio berani ikut jejak langkah Erdogan berpisah dgn parti Erbakan utk tubuh parti baru? Husam jwb dio tak berani. Tetapi kini PAS sudah hilang watak penyatu iaitu TGNA. Situasi mungkin berubah. PAS mmg akan pocah duo. Tapi 1/6 akan ikut Pasma dan 5/6 akan kekal bersamo dgn Hadi. 1/6? Sikitnyeee. Mmg sikit bai. Itulah penangan slogan 'Kepimpinan Ulamak'. Tak pecayo? Kau kono pecayo sobab den 5 tahun duduk dlm Pemudo PAS time belajar kek U dulu. Wlpn tak lamo, tapi den tahu caro fikir majoriti ahli PAS.

Jadi apo maso dopan PAS? 

PAS akan tersepit mcm bulu ketiak den. Tersepit tapi kekal hidup. Mcm bulu ketiak korang. Hidup dlm kemasaman bau peluh. Nak wangi konolah pakai odorono (pewangi ketiak). Wangi la sekojap. Tak lamo kemudian bau masam balik. PAS wangi sobab pakai jubah ulamak. Utk dipuja oleh mrk-mrk yg terpesona dgn slogan 'Kepimpinan Ulamak'. Tapi masam bg majoriti rkyt Msia yg berbilang bangso krn tidak pro rakyat. Kekal dipuja ahli sendiri tapi dibonci oleh kebanyakan rkyt Msia. Isu ekonomi negara meleset, isu kejatuhan nilai matawang ringgit Msia, isu GST, isu TPPA, isu pembalakan, isu banjir, isu alam sekitar, isu perumahan rkyt miskin dan byk lagi isu yg menyentuh nurani majoriti rkyt tidak pun dipedulikan oleh Ulamak PAS. Tapi isu Hudud adolah prioriti bg mrk. Perjuangkan hudud sampai terlupo jerit perih majoriti rakyat bawahan. Malang bai. Den bukan tolak hudud tapi 'First things first' beb. Ini juga signal bhw ulamak-ulamak yg duduk dlm PAS malas membaco dan mengkaji isu-isu yg tidak berkaitan dgn agamo. Den jangkakan PAS akan kluar jugak Pakatan samo ado kluar sendiri atau dihalau secaro tagteam oleh DAP dan PKR. Walaupun kluar Pakatan, PAS takkan join BN. Kekal single time menghadapi Pru ke 14 nanti. Dan Umno/BN kembali mendapat 2/3 majoriti dlm Dewan Rakyat mcm tahun 2004. Time tu kau nak komplen Rosmah selalu dye rambut dgn hargo rm1200 (untuk sekali dye) lobih mahal drpd Gaji Minimum rkyt Msia rm900 sebulan pun dah takdo guno bai.

Wait and see. Wait and see brader.


Sumber.