Pelatih PLKN Diliwat Pula Dah..


Salah satu sebab kenapa PLKN perlu dimahsuhkan terus. Keselamatan anak-anak terabai. Selepas kes rogol, kes kematian, kes buli, kes pukul, kes kecurian, kes mengandung, kini berlaku pula kes liwat. Pendek kata dari A sampai Z memang bermasalah la kem PLKN neh. 

Satu lagi. Kita tengok wajah individu yang diliwat tidak disiarkan di akhbar. Mungkin kerana mangsa rasa malu dan trauma. Tapi kalau kita baca kronologi kes, mangsa seperti takut. Mungkin juga kerana mangsa adalah seorang yang lemah dan mudah dibuli. Ini kerana, mangsa juga pernah diliwat pada Jan yang lepas. Sebelum berulang lagi buat kali kedua yang membuatkan dia terus membuat laporan polis pada hari yang sama. Tidak tunggu 2 atau 3 hari bagi menyimpan bahan bukti dan sebagainya. Mungkin juga seorang lelaki merasakan maruahnya diperkotak-katikkan jika laporan polis dibuat atas jenayah liwat. Menyebabkan dia bersabar pada kali pertama dan bila kejadian berlaku lagi, dia terus membuat laporan polis.

Dan kita tengok. Bagaimana kerajaan Malaysia akan menyelesaikan isu liwat ini.

Adakah akan mengupah peguam luar dan mengerahkan seluruh yang terbaik dari agensi pendakwaan bagi memastikan lelaki yang meliwat pelatih tersebut didakwa dan dihukum dengan setimpalnya kerana melakukan perbuatan yang keji itu.

Untuk mangsa, bertabah la dik. Kena liwat ke kena rogol ke dua-dua tetap tinggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa-mangsa kejadian. Ini bukan insiden cikai-cikai yang boleh dipersendakan. Mangsa akan rasa jijik, nak muntah dan kotor kerana telah dicemari oleh penjenayah liwat atau rogol. Harapnya akan ada kaunseling dikhususkan kepada mangsa yang terlibat.

Baca ;

Seorang pelatih lelaki mendakwa diliwat rakannya dalam kejadian di sebuah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di daerah ini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.45 petang ketika mangsa berusia 18 tahun berada di dalam bilik air, sebelum pintu bilik air itu tiba-tiba diketuk suspek.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek yang sebaya dengan mangsa dan turut menjadi pelatih di kem sama, dikatakan menolak pintu bilik air itu lalu masuk dan mengunci pintu dari dalam.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak mencium dan memeluk mangsa, bagaimanapun mangsa cuba menghalang.

“Suspek turut melakukan seks oral dan bertindak lebih keji apabila meliwat mangsa sebanyak dua kali sebelum melarikan diri sebaik menyedari kehadiran rakan lain di situ,” katanya.

Menurut Ab Rahman lagi, mangsa juga mendakwa suspek pernah melakukan perbuatan sama pada Januari lalu di dalam bilik di kem berkenaan.

Malah katanya, suspek turut mengugut mangsa supaya tidak memberitahu perbuatannya kepada sesiapa menyebabkan remaja lelaki itu hanya mendiamkan diri kerana bimbang diapa-apakan.

“Namun, tidak tahan menjadi pemuas nafsu suspek, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Penarik, kira-kira jam 6 petang hari sama.

“Susulan laporan itu, suspek ditahan tidak lama kemudian dan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ab Rahman berkata, mangsa berasal dari Kuantan, Pahang, manakala suspek pula dari Pasir Mas, Kelantan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan. - SH

Share this :

Previous
Next Post »