t>

Breaking News

Pesawat #TransAsia Terhempas Di Taiwan - Gambar & Rakaman Pesawat Terhempas.


Kemaskini jam 1 tengahari 4/2/2015 : 

- 3 dilaporkan maut menerusi laporan media tempatan Taiwan.

- 17 berjaya diselamatkan ini termasuklah 2 kanak-kanak. Kesemua mangsa yang terselamat dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

- Pesawat TransAsia ATR 72-600 dilaporkan jatuh menjunam melanggar jambatan sebelum terhempas masuk ke dalam tasik.

- Kemalangan itu berlaku pada jam kira-kira 11 pagi (waktu tempatan) dan punca kejadian masih disiasat.

- Petugas keselamatan masih dalam usaha menyelamatkan mangsa nahas.

---------------

Pesawat TransAsia ATR 72-600 yang membawa 58 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan tasik berdekatan bandaraya Taipei, Taiwan.

Ketika ini 10 penumpang pesawat tersebut telah berjaya diselamatkan dan anggota penyelamat dalam usaha menyelamatkan puluhan yang terperangkap. 10 orang dilaporkan cedera dan ini adalah kali kedua pesawat dari penerbangan TransAsia dilaporkan terhempas dalam jangka masa setahun.

Pada Julai lepas, pesawat milik TransAsia juga dilaporkan terhempas di Taiwan dan mengorbankan 48 nyawa penumpang dalam nahas tersebut.

Satu rakaman berkenaan saat sebelum pesawat itu terhempas juga kini tersebar menerusi youtube. Berikut adalah rakaman dan gambar-gambar kejadian.



Klik sini jika video gagal load. 





Kemaskini dari Yahoo News ;

A passenger plane with 58 people on board plunged into a river outside Taiwan's capital Taipei on Wednesday, with 10 people rescued and dozens trapped inside, according to television reports.
The TransAsia ATR 72-600 turboprop plane was on a domestic flight when it hit a road bridge before ploughing into the river, the reports said. Rescuers were trying to reach the trapped passengers, they said.