t>

Breaking News

Seorang Lagi Facebooker Disiasat Polis, Kali Ini Isu Banner Pemimpin FAM Berkepala Anjing.

Bosan.

Macam la kata-kata amarah yang dikeluarkan oleh facebooker tersebut penting sangat sampai perlu disiasat bagai. Inila Malaysia. Yang besar membuli yang kecik melalui pelbagai tindakan yang bangsat tiada tindakan. Yang kecik bercakap kasar akibat bengang dan sakit ahti laju2 nak disiasat bagai. 

Aku setuju sangat bila Ultras Malaya tampil menyatakan sokongan dan solidariti buat 12 penyokong JDT yang diambil keterangan oleh PDRM baru-baru ini berhubung banner pemimpin FAM yang dikepala-anjingkan.

Point mereka ;
"Sesiapapun kita, sudut pandang mana pun, kita melihat dari subjek yang sama selama ini, solidariti untuk 12 orang yang ditahan pada perlawanan pembukaan semalam dari kami. Teruskan perjuangan dan tetap lawan.

"Dalam menyatakan kritikan terhadap FAM, sepatutnya tidak ada siapa perlu ditahan cuma perlu seluk lebih dalam kenapa kritikan dilontarkan," memetik daripada laman Facebook rasmi Ultras Malaya.

Rujukan : sini

Penyiasatan polis terhadap facebooker yang menggunakan nama Kagawa Onieshia bermula apabila pada semalam 7 badan bukan kerajaan NGO membuat laporan polis berhubung komen yang dikeluarkan oleh Kagawa dalam mengulas reaksi balas Tengku Puan Pahang yang mengkritik tindakan penyokong yang kepala-anjingkan pemimpin FAM.

Selain dari membuat laporan polis tentang Kagawa, ketujuh2 NGO tersebut juga membuat laporan mengenai banner kepala anjing.

NGO tersebut ialah Badan Kebajikan Kerabat-kerabat Negeri Pahang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Seni Silat Kuntau Tek Pi Malaysia Cawangan Pahang, Majlis Belia Daerah Kuantan, Persatuan Jurufoto Negeri Pahang, Kelab Bell Belia Tamil Negeri Pahang dan wakil dari Istana Abdul Aziz. 

Ya. NGO kelab bell Belia Tamil pun buat laporan polis sekali kaw. Layankan aje betul ke tak betul.

Ha Ha Ha

Alasan mereka pula ;
Setiausaha Badan Kebajikan Kerabat-kerabat Negeri Pahang, Datuk Seri Tengku Zulkifli Tengku Ahmad ketika ditemui pemberita berkata kedua-dua tindakan itu merupakan perkara yang tidak berhemah, melanggar tatasusila dan menghina Institusi Raja-raja Melayu. 
"Kami sebagai orang Pahang berharap dengan laporan ini, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku-pelaku yang telah membuat provokasi melampau ini.

Rujukan : sini 

Tue dia. Yang aku tahu orang mempersoalkan tindakan FAM. Yang aku nampak orang mempersoalkan apa motif membela FAM dan menghukum 12 penyokong JDT tersebut. Tetapi alih2 depa spin jadi isu hina institusi raja-raja melayu konon.

Pelik tak pelik.

Bina kasino tak hina raja-raja melayu ke?

Dengar cerita nak buat kasino kedua. Itu tak menghina plak ek?

Siap ada sultan 1881 lagi. Itu pun takde masalah kan?

Persoalkan FAM terus jadi salah besar ek? FAM tue tuhan ke apa? Banner kepala anjing itu adalah patut jika ditinjau dari prestasi FAM sejak dia bermula sehingga ke hari ini. Bahkan itu dikira tindakan yang paling lembut berbanding apa yang FAM buat selama ini. Belajar cermin kesalahan diri sendiri la. Jangan hanya tahu cari salah orang yang kena tindas je. 

Bai.