Wanita Muslim Ini Dikecam Kerana Mengangkat Banner ' I Love Hindus'.

Ketika ini ramai pihak menzahirkan kritikan negatif kepada seorang perempuan yang mana gambarnya viral di laman sosial disebabkan mengangkat banner yang tertera perkataan 'I am muslim, I love Hindus'.

Ini gambar yang dimaksudkan ;




Di wassap dan laman facebook macam-macam kritikan dan persepsi negatif di lemparkan ke atas wanita tersebut. Bahkan gambar seorang wanita yang memegang sepanduk 'Harmony' turut diviralkan dengan niat yang negatif ke atas individu tersebut.

Seperti biasa. Yang selalu, akan dan masih sentap ialah kaum muslim di negara ini.

Pegang sepanduk I Love Hindus lagi sensitif daripada kasino dan riba.

Buktinya mudah. Berapa ramai, berapa kerap, berapa banyak yang sanggup mengulang posting di laman facebook, wassap dan blog menceritakan bahaya kapitalis, riba dan judi? Berapa ramai yang sanggup sebarkan penipuan demi penipuan yang terbit dari ketiga-tiga elemen di atas tak henti2 menerangkan kepada orang ramai melalui pelbagai jenis medium?

Bilangannya kecil. Sangat kecil. 

Yang laju2 muslim suka dan gemar buat ialah kutuk atas isu remeh temeh. Contoh. Dalam kes ini la.

Hindus dalam ayat di atas merujuk kepada penganut. Gambar ini pada mereka sensitif disebabkan ayat dalam banner tersebut padahal jika penganut hindu pegang sepanduk dan tulis i love muslim laju2 pula mereka suka. Bila muslim dilarang pula dari menyukai penganut hindu?

Apa benda yang umat Islam sedang cuba tonjolkan melalui sikap mereka ini? Kita nak orang sayang kita dalam waktu yang sama pastikan kita jangan la terbabit atau declare kita sayangkan orang? Begitu kah? Biar non muslim declare dia respect agama kita, hak kita, penganut Islam tetapi jangan sesekali kita declare kita hormati mereka, hak mereka dan raikan kepelbagaian apatah lagi beria2 pula nak kata kita love hindus?

Macam tue ek?

Ketika ini. Islam sangat di pandang serong. Umat Islam sangat teruk dikecam. Ada kerana salah orang lain tetapi ada juga kerana salah kita sendiri. Salah kita sendiri bermula bila kita menterjemahkan Islam secara serong dan terbalik. Salah kita juga bermula bila kita sembang kencang huha huha tentang Islam namun dalam waktu yang sama kita tak amalkan apa yang disarankan menerusi Alquran. Kita malas solat, kita malas puasa, kita amalkan riba, kita sokong kapitalis, kita tindas orang miskin, kita cipta hierarki pangkat seperti sistem monarki untuk mendarjat2kan manusia bagi menurunkan dan menaikkan taraf manusia seperti sistem kasta, kita racist, kita double standard, kita sokong kemungkaran, kita bersubahat sokong benda yang jahat dan zalim dan ya ya ya ya.. kita sebenarnya sayang dan takut pada Allah. Walaupun sikap kita sebenarnya sangat contradiks dengan apa yang Islam mahu kita tonjolkan.

Nampak tak permainan orang Islam kat sini?

Dalam gambar di atas. Ianya sebenarnya mempunyai elemen yang sangat positif. Umat Islam yang akalnya waras tidak akan bercakap tentang liberalism ataupun mengutuk wanita tersebut.

Kita mahu dunia tahu. Betapa indah dan cantiknya Islam yang menyeru penganutnya untuk saling sayang menyayangi antara satu sama lain samada kita sama agama ataupun berbeza agama. 

Islam bukan keganasan. Islam bukan penindasan. Islam tak seru atau paksa penganutnya untuk membenci penganut agama lain. Sebaliknya Islam meraikan perbezaan dan kepelbagaian dengan cara yang sangat berhemah dan berhikmah.

Di saat dunia kecam kita tentang Charlie Hebdo. Tentang insiden di Pakistan. Tentang apa yang berlaku ke atas tebusan dari Jepun, kita ada ramai penganut2 Islam di luar sana yang berusaha membetulkan salah faham ini. Aktivis2 ini melakukan apa saja cara dan usaha bagi membiakkan benih kasih sayang yang terdapat dalam Islam. Salah satunya participate dalam event perayaan orang lain dan tonjolkan betapa harmoninya Islam yang meraikan kepelbagaian.

Kita orang Islam. Kita juga sayang kepada orang bukan Islam. Kita tidak diskriminasi. Kita hanya menolak kezaliman, kemungkaran, penindasan ke atas mana-mana manusia tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Selagi mana semua dari kita melakukan kebaikan meskipun yang beragama dan tidak beragama kita hormat dan menyayangi mereka sebagai seorang manusia yang layak dihormati.

Mesej yang begitu simple dan unik ini pun umat Islam gagal faham. Dan apa? Kau sedang bercakap tentang mengubah dunia? Islam agama kasih sayang? Islam agama yang sempurna? Macam mana bila kau semua contradiks dari apa yang sepatutnya kita terangkan kepada non muslim? Kecoh sangat. Hal macam ini pun sampai nak marah2 dan mengutuk orang tak tentu hala.

Umat Islam ooo umat Islam.. hentikan permainan bangang korang yang suka sangat berlakon jadi mangsa.. aku sebagai muslim bila tengok pun rasa meluat..

Kla.. bai.

Share this :

Previous
Next Post »