t>

Breaking News

8 Sekeluarga Terlibat Dalam Kemalangan Di Thailand Terkait Dengan Skandal Projek IC.

Harap penulisan ini tidak akan meleret kepada sangkaan yang bukan-bukan. Yang sudah pergi biarlah mereka pergi dalam keadaan yang aman-aman sahaja. Penulisan sekadar pengajaran dan untuk rujukan mendatang.

Seperti yang kita tahu, semalam di laman sosial seperti whatsapp khususnya, heboh tentang satu keluarga yang terlibat dalam kemalangan ngeri dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Thailand.

Antara rujukan berita, klik sini.

Sedikit petikan berita ;
Perjalanan pulang lapan sekeluarga ke Pondok Ayer Hitam di Alor Setar dari Satun, Thailand, bertukar tragedi apabila Perodua Alza yang dinaiki terlibat dalam kemalangan mengakibatkan lima daripada mereka maut.

Kereta berkenaan dikatakan dipandu laju ketika melalui jalan berselekohmenyebabkan ia terbabas dan merempuh tiang lampu di tepi jalan di Daerah Langu dekat Satun pada kira-kira 2 petang kelmarin.

Yang meninggal dunia dikenali sebagai Abdul Rahman Abdullah, 44; isterinya, Ramlah Adam, 38; anak-anak mereka Nur Aneesa Abdul Rahman, 21; Mehad Abdul Rahman, 7; dan Hajimuddin Abdul Rahman, 3 bulan.

Dua lagi anak pasangan itu, Rofandi Abdul Rahman, 23; dan Nazri Abdul Rahman, 5, cedera parah.

Anak kepada Nur Aneesa, Naumi Nasaee, 2, berada dalam keadaan stabil.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Satun. -Mkini.

5 meninggal manakala 3 yang lain selamat dengan 2 berada dalam keadaan kritikal.

Apa yang menjadi berita kemalangan ini kecoh ialah bukan sekadar kemalangan yang tragis bahkan dikatakan mereka memiliki IC Malaysia sedangkan dipercayai bukan warga-negara Malaysia.

Persepsi ini terhasil dan tersebar meluas di laman sosial.

Baca ;


*Petani = Pattani.




Aku cuma nak buat sedikit penambahan. Kadang-kala ada rakyat kita berkahwin dengan orang luar negara. Maka tak aneh juga anak-anak mereka mendapat IC Malaysia.

Cuma dalam kes di atas, aku tak berani nak siding sapa-sapa sebab tak jelas meskipun ada kekeliruan, kenapa tanam di Thailand berbanding di Malaysia. Bukan kah menyukarkan lawatan pada masa akan datang.

Jika benar projek IC, bagaimana pula nak uruskan kejadian macam neh?

Bukan cerita tentang orang hidup. Kisahnya mereka dah meninggal dunia. Takan kepada anak-anak yang baru hidup 23 tahun, kita nak persoalkan dan persalahkan?

Ada berita yang melaporkan keluarga tersebut baru pulang dari melawat saudara mara di Thailand namun ada berita yang melaporkan keluarga tersebut baru pulang selepas mengambil isteri yang sedang berubat akibat sakit demam panas selepas melahirkan anak bongsu yang turut terkorban dalam kemalangan ngeri tersebut.

Gambar-gambar IC dan pasport mereka pun tersebar meluas laman sosial. Dek penyebaran itulah yang akhirnya ada di antara kita menyatakan bahawa yang meninggal itu tiada waris di Malaysia selepas semakan dibuat. Kata mereka lagi, berkemungkinan besar orang sana yang mendapat IC disini angkara projek IC.

Kalau boleh buka kertas siasatan, aku akan buka. Tapi bukan dengan tujuan nak menyalahkan dan mengheret yang telah terkorban. Sekadar mencari punca dan menyiasat dalang disebalik kejadian. Kalau betul ini kes projek IC, maka kerja siapa dan untuk apa.

Ini yang aku nak perhalusi sangat-sangat.

Namun, suka dimaklumkan, segala maklumat screenshot di atas masih perlu disahkan. Selagi tiada bukti maka ia masih berstatus persepsi. Pandai-pandai la korang serap dan analisa info yang dinyatakan.

Rujukan : sini.