Ahmad Maslan Backup Rosmah - Rosmah Tak Bayar 1,200 Untuk Buat Rambut Lah..


Aku sekarang tengah sakit hotak. Tengah berfikir isu harga rumah yang mahal. Kos sara hidup. Dan GST lagi. Tak masuk isu-isu yang membabitkan sistem pentadbiran negara yang lain. 3 isu tersebut dah boleh buat kepala aku meletup. Aku tatau macam mana nak bantu diri aku dan bantu orang lain untuk bebaskan diri dari permasalahan tersebut. Siyes. Aku tatau.

Dan bila aku bertembung dengan menteri sewel yang sibuk jaga dan ulas tentang rambut bini orang otak aku semakin sakit dan parah. Bukan kah Rosmah ada mulut dan suami untuk menjawab persoalan tersebut. Bukan kah Rosmah sedar rakyat menyelar tentang sikap pemborosan dan pembaziran yang dipamerkan berbanding point isu GST untuk home service.  Maka bukan kah wajar Rosmah sendiri yang menjawab kritikan rakyat kepadanya. Jika rakyat salah faham sekalipun, Rosmah tetap ada mulut dan mampu untuk menjawab bagi membetulkan tanggapan tersebut. Kerana isu neh membabitkan Rosmah dan rakyat Malaysia secara peribadi.

Kenapa pula Ahmad Maslan perlu enter frame dan merepek disitu sedangkan dia patut focus kepada kenaikan harga minyak yang mungkin menyebabkan kapitalis lain amek kesempatan.

Kenapa seorang menteri macam dia tatau bidang kerja sendiri?

Kenapa seorang menteri macam dia perlu menempel untuk bela Rosmah Mansur?

Kenapaaa???????

Isteri perdana menteri tidak menggunakan khidmat dandanan rambut RM1,200 tetapi hanya bertanyakan harga daripada penyedia khidmat tersebut, jelas Datuk Ahmad Maslan.

Datin Seri Rosmah Mansor hanya merungut tentang harga tersebut selepas penyedia khidmat rumah ke rumah meletakkan harga setinggi itu, kata timbalan menteri kewangan.

"Beliau berkata hendak cat rambut, mereka datang ke rumah dan harga ditawarkan RM1,200, beliau berkata 'amboi mahalnya'.

"Bukan beliau bayar, beliau merungut kenapa mahal sangat. Itu maksudnya," kata Ahmad di Cyberjaya hari ini.

"Saya ada di majlis (bersama Rosmah) itu, tetapi telah diputar menjadi negatif. Hasrat Rosmah asalnya positif."

Di majlis penerangan cukai barangan dan perhidmatan (GST) kepada anggota persatuan isteri-isteri menteri dan timbalan menteri BAKTI minggu lepas, Ahmad menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat rungutan tersebut.

Kenyataan Rosmah dan gesaan Ahmad itu kemudiannya mendapat kecaman banyak pihak, khususnya pembangkang dan pengguna Internet. -MKINI.

Share this :

Previous
Next Post »