Berubahlah Dr. MAZA, Jangan Cari Jalan Ke Neraka - Nasihat Blogger UMNO Kepada MAZA.

Muahahaha..
Ini sapa nasihat sapa neh? Sejak bila kaki fitnah dan pro sebar cerita palsu sibuk menasihati orang agar jangan cari jalan ke neraka? Jalan diri sendiri dah confirm menuju ke syurga ke macam mana neh?
Penulisan MKMU.NET ;
Semalam dikhabarkan pihak Istana Perlis bersama Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mendamaikan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dengan Datuk Kazim Elias. Perdamaian ini mungkin “real” atau mungkin juga sekadar menghormati inisiatif Istana.
Penulis memang mengharapkan pertemuan ini merupakan satu titik tolak pemulihan maruah para ilmuan Islam setelah sekian lama tercemar dengan pelbagai pandangan dan kenyataan separuh benar oleh Mufti Perlis ini.
dr-mazaMempunyai kesempatan mengikuti, memerhati dan menelaah idea, pandangan dan pemikiran Dr Mohd Asri Zainal Abdin (Maza) pada zaman awal kemunculan beliau, penulis percaya beliau mempunyai ciri-ciri untuk menjadi satu figura agama Islam di negara ini suatu masa nanti.
Keterbukaan dan perbahasan ilmunya sangat baik dan mudah menangkap dalam pemikiran generasi muda.
Malangnya, Dr Maza mengulangi kesilapan dan kesalahan ramai ilmuan dan pemikir sebelum ini. Mereka menjadi bongkak, takbur, merasakan mereka sahaja yang betul dan benar.
Apabila tamat kontrak Mufti beberapa tahun lalu, Dr Maza memilih jalan populariti berbanding jalan ulama.
Ulama yang berjiwa besar jarang mencerca, menghina, menyindir dan mengejek umat Islam lain apatah pemimpin negara jika ia bukan membabitkan hal-hal besar mengenai kepentingan Islam.
Selepas sedikit popular dengan pandangan progresif, Dr Maza membenarkan hati dan perasaannya dihanyutkan oleh perasaan mahu menjadi hebat dan gah di kalangan rakyat lalu membuat pelbagai komen politik dan isu masyarakat yang mengikut arus populariti bukannya berpaksi kepada kebenaran.
Apabila kita menonton ceramah Maza kita akan mendengar pelbagai sindiran dan sinisan terhadap pemimpin hanya untuk menarik khalayak ceramahnya.
Selain ceramah, Facebook dan Twitter beliau juga sering kali menyiarkan kenyataan-kenyataan palsu seperti isu kapal terbang Perdana Menteri, kembara Tengku Mahkota Johor, isteri Perdana Menteri dan banyak lagi maklumat palsu disebarkan melalui akaun beliau.
Inilah antara komentar yang pernah laman ini terbitkan ketika meneliti pandangan-pandangan Maza semasa beliau pencen kali pertama sebagai Mufti Perlis.
Ingatkan kegilaan populariti ini hanya berlaku ketika tiada jawatan. Namun sebaik memegang semula jawatan Mufti beliau terus menyerang pendakwah lain yang tidak sealiran dengan beliau.
Dr Maza sebagai Mufti Perlis, menghantar surat kepada kerajaan Negeri Perlis membantah jemputan ke atas Ustaz Kazim Elias untuk menyertai forum Islam sempena hari keputeraan Raja Perlis. Dalam surat tersebut beliau memberi alasan Kazim ialah seorang penyebar hadis palsu.
Sebagai Mufti negeri, beliau boleh sahaja memberi pandangan lisan kepada penganjur. Namun untuk menunjukkan kehebatan, beliau menulis surat rasmi.
Apabila tersebar surat tersebut dan beliau diminta menunjukkan bukti Kazim membawa hadis-hadis palsu, Dr Maza mengambil sebahagian kecil ucapan Kazim kononnya Rasulullah membuat kenduri roti jala dan kuah kari kambing.
Memang Dr Maza benar bila berkata “tidak benar nabi makan roti jala cicah kuah kari.”
Namun tuduhan beliau bahawa Ustaz Kazim Elias bawa hadis palsu sangat salah dan merbahaya.
Bukan sahaja kerana dalam ceramah tersebut Kazim tidak pernah menyatakan ia sebagai hadis atau diriwayatkan oleh sesiapa pun; malah tuduhan penyebar hadis palsu harus dibawa ke peringkat muzakarah ulama bukannya membuat keputusan semberono dan sendirian.
Sebagai mufti juga Dr Asri salah apabila mengeluarkan satu surat yang membuat tuduhan serius ke atas Ustaz Kazim tanpa memanggil beliau untuk mendapatkan penjelasan.
Bukankah wajar untuk seorang Mufti memanggil mana-mana pendakwah yang dirasakan membawa hadis palsu atau terpesong untuk mendengar fakta sebenar dari mulut individu terbabit sebelum membuat keputusan yang sebesar itu? Tuduhan penyebar hadis palsu samalahs eperti menuduh menyeleweng ajaran Islam.
Malangnya, Mufti Perlis ini memilih jalan bergaduh, menimbulkan fitnah dan membuat dakyah sesama rakan pendakwah hanya kepentingan duniawi.
Mengapa penulis kata kepentingan duniawi? Jika Maza memberat kepentingan akhirat dan agama beliau tidak akan terpesona dan terpegun dengan jumlah like di Facebooknya; atau pengikut di Twitter, mahu pun pembaca tulisannya di Malaysiakini.
Kerana keghairahan mengejar populariti, beliau membuat pelbagai kenyataan bersunur fitnah dan separuh benar ke atas pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri dan isteri, pemimpin negara dan lain-lain kumpulan yang tidak sealiran dengan beliau.
Dr Maza harus berhenti menjadi selebriti. Jadilah seorang ilmuan yang menjaga kata-kata dan tutur bicara.
Jangan kejar jalan ke neraka sedang jalan ke syurga terbentang luas.
----------------------
1. Blogger UMNO yang menulis perkara ini jelas berada dalam kekeliruan dan in sindrome denial yang nyata lagi jelas.
2. Cara penulisan mengambarkan MAZA ialah seorang ulama yang suka mencerca. 
3. Hanya semata2 MAZA lantang mengkritik kepimpinan negara. Dan tidak condong kepada menjilat pimpinan. 
4. So jika mana2 ustaz menjilat pimpinan itu maksudnya sedang menuju jalan ke syurga ke macam mana?
5. Ayat blogger tersebut pun jelas putar belit. Yang dilarang MAZA ialah menjadi panelis dalam forum tersebut. Bukan melarang menyertai forum. Larangan menjadi panelis maksudnya tak boleh menjadi panelis dalam forum tersebut je la.
6. Larangan tersebut berlaku kerana UKE memang terbukti jelas menyebarkan riwayat (sirah) palsu tentang Muhammad SAW dan memperbesar2kan dalam buku dan ceramah2.
Tutup story part tue sebab MAZA nampaknya mengambil jalan damai. Mungkin tunduk atas nasihat dan pendapat pelbagai pihak. At least MAZA mahu berlapang dada dan meraikan teguran. Jujur aku cakap. Aku respect perangai alim ulama macam neh berbanding yang beria2 tunjuk maksum dan suci depan orang.
Bagaimana pula dengan UKE?
Menipu atas nama Nabi boleh buat relax je.
Lepas tue ramai2 p backup dia plak?
Siap fitnah TGNA lagi?
Semua orang mati kot. Aku. Penulis blog UMNO. MAZA dan UKE.
So dah bersedia ke nak melalui jalan2 ke syurga dengan cara menfitnah orang ke macam mana neh? Lue fikirlah sendiri.
HA HA HA.

Share this :

Previous
Next Post »