Gambar Najib Jadi Imam Viral Di Laman Sosial.

Aku tengok satu gambar. Ketika ini gambar tersebut viral di laman sosial dan jadi bahan kutukan. Biasalah. Sebab Najib dalam gambar tue maka ianya jadi bahan kutukan pembangkang. Ini gambar yang dimaksudkan.



Rujukan aku : sini.

Aku perhatikan gambar tersebut dengan teliti. Sangat teliti. Aku tak nampak atau fikir gambar tersebut telah diedit ataupun kita kata super impose.

Gambar tersebut merujuk kepada satu situasi yang mana para wartawan berdiri di hadapan perdana menteri Malaysia, Najib Razak yang ketika itu menjadi imam (entah kat mana dan bila waktunya) untuk mengambil gambar ketika Najib tengah sibuk jadi imam.

Ada beberapa perkara yang bermain di kotak fikiran aku.

Pertama. Macam mana ko solat. Selesa ke bila ada sekumpulan wartawan sedang meroyan klik-klik kamera untuk amek gambar kau. Flash bunyi apa bagai? Tak rasa ke macam heyy kau semua neh apahal. Tak reti ke nak solat sekali ke apa. Takan datang bulan kot.

Kedua. Siapa yang arah sekumpulan wartawan tue buat kerja gila dan apa pentingnya kerja gila itu sehingga ianya dibuat?

Ketiga. Adakah perkara pelik dan luar biasa apabila Najib menjadi imam ke macam mana? Yang beria2 snap dan sebarkan.

Setahu aku la. Kalau aku salah minta betulkan apa yang patut. Bukan ke Najib memang biasa dilaporkan jadi imam. So, takan setiap kali dia jadi imam kau semua beria2 nak snap gambar atas tindakan tersebut. Untuk apa sebenarnya? Aku tak fikir jurugambar2 tue bangang2 p tangkap gambar Najib kalau tak sebab diarahkan untuk berbuat demikian. Dan aku tak fikir orang2 biasa boleh arahkan tanpa persetujuan Najib.

Serious la. Pada aku la. Memang mengarut. Usah kata wartawan siap ada kamera besar lagi tue dengan wayar2 apa semua. Hmmmm.. ini yang dibangga2 dikecoh2. Kena tindas pun takpe. Janji PM kau boleh jadi imam ye tak?

HA HA HA

Updated.

Najib bukan imam. Najib jadi makmum yang pakai baju pink tue. Pembetulan telah dibuat. Terima kasih atas makluman. Tapi point tetap sama juga. Cuma part Najib jadi imam tue betulkanlah pada Najib sebenarnya makmum. Itupun kemain lagi jurugambarnya. Kalau jadi imam tah macam mana plak gayanya. Lue fikirlah sendiri. 

Share this :

Previous
Next Post »