t>

Breaking News

Ini Jawapan MAZA Kepada UKE - Ustaz Kazim, Berhentilah Kritik TGNA Secara Melulu..


Kalau UKE dan pentaksub UKE enggan berlapang dada dan membetulkan apa yang salah maka kita dah tak boleh buat apa dah. Teguran dah dibuat secara tertutup mahupun secara terbuka. Kritikan dah disampaikan berserta bukti dan nas yang kukuh serta jelas. MAZA pun dah explain. Bukan dia yang sebarkan surat berkenaan. Untuk malukan atau aibkan sesiapa. Sebaliknya MAZA sendiri ditekan oleh pentaksub2 UKE sehingga terpaksa tampilkan bukti secara terbuka apabila pentaksub2 UKE mula melabel2, menuduh2 dan beranggapan MAZA fitnah UKE. 

Boleh baca di wall MAZA sendiri. Bersepah juga pengikut ustaz pelawak macam UKE tue ek. Kalau pengikut UAI bersepah aku tak heran sangat. Tapi ini UKE kot. Pun bersepah juga. Alahai. Dengan mudah umat Islam dibeli menggunakan agama sebagai alat.

Berikut ialah jawapan balas MAZA kepada UKE. Dan bagi point no 7. Aku harap UKE boleh betulkan balik point2 salah dia terutamanya terhadap tuan guru. Sudah2 la menangkan idelogi politik sampah pro kerajaan kau tue UKE oi. TGNA tak seburuk seperti tafsiran kau. Hanya orang yang buta mata ahti je yang tegar menuduh2 tuan guru. Sungguh pun TGNA tak maksum, ada juga salah sana sini yang dia buat tapi aku tertarik sangat dengan sikap tuan guru yang terbuka dan merendah diri betulkan kesalahan dan terima kritikan dari sesiapa pun. Nampak? Nampak? UKE. Kau bukan ulama. Dan ustaz itu satu kerjaya. Kerja kau jadi ustaz. Jangan la pentaksub2 UKE perasan dengan anggap UKE tue ulama. Ulama tue macam TGNA. 

Faham?

Baca ;

Kepada pihak yang berkaitan, saya sekali lagi ingin jelas begini;

1. Telah ditegaskan dari awal, surat tersebut adalah surat dalaman pentadbiran yang khusus untuk pihak dalaman yang berkaitan sahaja. Tiada siapa ingin memalukan sesiapa tapi ia adalah hak penganjur menentukan pemilihan panel. Ia kes khusus untuk satu program yang membabitkan keberangkatan pihak istana dan kehadiran Mufti Negeri.


2. Isu-isu riwayat palsu termasuk isu roti jala telah timbul sejak tahun lepas. Banyak pandangan terutama mereka yang terbabit dalam bidang hadis telah dilontarkan mengenai isi-isi ceramah pihak berkenaan. Maka, dalam pemilihan panel forum pihak jabatan setelah berbincang melihat tidak sesuai untuk program itu, bukan mengeluarkan fatwa khas menghukum dan melarang sepenuhnya pihak terbabit.


3. Pihak saya sejak hari awal isu timbul telah menyampaikan salam kepada pihak berkenaan melalui wakil JAKIM Ustaz Zakaria pengerusi forum. Saya telah tegaskan tiada isu peribadi dan bukan larangan mutlak.


4. Pihak saya juga semalam mengelakkan sidang media dan enggan menjawab soalan wartawan tentang isu ini supaya tidak mengeruhkan keadaan.


5. Pihak saya dukacita apabila pihak berkenaan membuat sidang media dan mencabar bukti. Bukan tiada bukti, tapi elokkah cabar mencabar di media sedangkan laluan perbincangan terbuka? Jika surat itu ditujukan kepada awam, mungkin boleh diterima rasional cabaran itu, tapi hal ini hanya urusan pentadbiran dan bukan larangan mutlak.


6. Dalam contoh 'roti jala', alangkah baiknya jika pihak berkenaan membetulkan hal itu. Ini kerana jika tidak dibetulkan ia boleh membawa anggapan 'sunnah Nabi s.a.w. makan roti jala'.


7. Adapun hentaman terbuka pihak berkenaan terhadap TGNA rahimahullah dalam banyak video juga adalah salah dari segi fakta. Pendapat TGNA tentang Allah memilih Nabi s.a.w dari kalangan hamba-hambaNYA yang didapati terbaik itu ada dalil yang sahih. Sementara hujah pihak berkenaan menolak TGNA atas alasan Nabi Muhammad lahir dalam keadaan sujud, berkhatan dan menyebut alhamdulillah, riwayat-riwayat itu banyak pertikaiannya. Itu juga wajar diperbetulkan, jangan sampai orang menganggap pendapat TGNA dalam hal itu salah. Ketepikan isu politik dalam hal ini.


8. Alangkah baiknya, jika pihak berkenaan hentikan perbalahan di media massa kerana itu mendesak pihak saya yang terbabit dengan pentadbiran sebuah negeri menjawab secara terbuka juga seperti ini.


9. Alangkah baik, jika pada hari pertama surat itu diviralkan, pihak berkenaan tidak siarkannya dalam FB sebaliknya hubungi saya dan tanya terlebih dahulu.


10. Apapun, atas dasar ukhuwwah dan dakwah, pintu pejabat dan jantung hati saya sentiasa terbuka untuk berbincang serta 'minum dan tersenyum'.


Dr MAZA
Mufti Negeri Perlis.