t>

Breaking News

Institut Kanser Negara Paksa Pesakit Makan Makanan Basi !!!! - Kementerian Kesihatan Perlu Siasat Luahan Ini.


Menurut pesakit tersebut yang menggunakan nama Siti Nurshahida Zamrinor menceritakan tentang layanan yang diterima olehnya. Selain itu menerusi luahan itu dia berkata mereka menghantar makanan ikut suka hati mereka tanpa mengira diet yang perlu dimakan oleh pesakit kanser dan tidak akan menukar makanan tersebut. 

Siti memberikan contoh yang berlaku kepadanya apabila dihantar nasi goreng ayam sedangkan diet dia adalah ikan dan dipaksa juga makan dengan alasan makanan sudah habis dan yang lebih kejam nasi goreng tersebut adalah basi.


Pesakit  itu turut memberitahu kawannya yang dihantar air teh walaupun tidak boleh minum air teh tetapi kerana malas menukar mereka buat tidak tahu dengan permintaan pesakit. 

Berikut adalah luahan penuh facebooker berkenaan.

Siapalah Melayu yang dapat tender serve makanan pesakit kat Institut Kanser Negara ni.

1. Salah hantar makanan - ini paling selalu berlaku. Lain yang kau order, lain yang kau dapat. Kalau salah hantar, no apology. Dia paksa jugak kita makan makanan yang dia salah hantar atau kita akan kebuluran.

2. Salah hantar diet - kau ada option tak makan ayam atau tak makan ikan. Tapi ini memang selalu diorang buat silap. Walaupun kau allergic makan ayam dan diorang salah hantar, kau kena jugak makan ayam. Room mate aku sebu bila minum teh, disuruh juga minum teh sebab dia malas nak hantar kopi.

Macam dalam gambar ni, diet aku makan ikan. Tapi diorang tetap hantar ayam. Alasan, makanan dah habis.

3. Makanan tak cukup - dalam gambar ni diorang bagi aku air mineral padahal patutnya dapat air buah/kordial. Side dishes pun diorang tak bagi. Buah pun missing in action.

4. Makanan teruk - donat yg masih macam doh, samosa hangit, popia sayur masam dan ikan serta ayam busuk adalah contoh makanan yang selalu tender baru IKN hidangkan kepada pesakit. 

Selalunya pesakit kanser ni tak lalu makan, maka kami tolak tepi jelah sampah yang selalunya dihidangkan. Tapi pernah adik aku datang dan cuba makan makanan aku, dengan dia sekali muntah sebab ayam tak masak.

5. Lupa hantar makanan

Berlaku pada waktu dinner hari ni. Dah pukul 8mlm baru aku dapat makanan, itupun makanan yang salah. Lepas 2 jam menunggu, dan makan hanya biskut supaya aku dapat makan ubat, barulah makanan yang macam ni sampai. Dahlah silap, tak cukup, teruk....yg paling teruk dia bagi aku ayam yg sah2 aku ada allergy.

Dan macam biasa, mereka ni lupa adab jadi Melayu. Mana reti mintak maaf?

5. Pewarna & perasa

Dah berkali-kali pihak pesakit dan IKN tegur pihak yg dpt tender tu supaya jangan guna pewarna dan perasa pelik2, buah tu janganlah lupa buang kulit. Tapi mereka ni dah dapat tender, peduli apa kan? Dia serve juga ke kita. Agaknya atuk dia dulu hidup je walaupun minum dakwat, so dia rasa pesakit kanser ni mengada-ngada.

6. Kurang ajar

Tukang serve makanan kami ni Melayu. Tapi zaman sekarang ni belajar adab pun pakai iPad, so company yg dapat tender ni tak payahlah bagi training. Last week masa minum petang, sorang budak perempuan ni bukan main kurang ajar lagi sound mak aku depan tetamu-tetamu kami. Meja tempat letak makanan penuh sbb ada barang yg dibawa tetamu. Bukan main lagi budak tu menengking mak aku, macam mak aku orang gaji dia. Maklumlah, mak aku masa tu pakai t-shirt je. Mungkin dia ingat beliau ni bibik agaknya.

Kesimpulannya kat sini, tujuan pembinaan IKN ni memang suci murni. Government memang dah spend banyak kat sini termasuklah keluarkan tender utk makanan pesakit.

Tapi macam biasalah, tender yang diberikan tu aku tak taulah kat saudara siapa. Atau Melayu mana. Dia buat kami ni lagi teruk dari banduan agaknya, mungkin dia rasa kami ni dah nak mampos, jadi suka suki sajalah bagi sampah. Paling koman pun salahkan tekak kami yg dah mula out ni utk jimatkan kos.

Oh ya. Aku complain dalam FB sebab bila dietician kami complain kat bos mereka, diorang buat-buat lupa serve makanan kami.

Mungkin diorang lupa hak yang bayar cukai dan bil perubatan macam kami.
Scary?
Ini hakikat.
Hanya di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Jika benar dakwaan ini, nampaknya pihak yang berwajib perlulah mengambil tindakan tegas dalam hal ini. Siasat dan melakukan sesuatu kerana kebajikan pesakit perlu dijaga. -SK.