Kata Dua Untuk Hadi - Pilih Hudud Atau PR - Lim Guan Eng Mahu Hadi Keluar PR.


Hadi Awang bukan ahli PR. Tapi ahli parti PAS. Apa jadahnya nak suruh dia keluar PR. Seru Hadi keluar PR maksudnya seru PAS keluar PR. Bukan seru tapi nampak macam menghalau. Perlu ke main halau-halau guna media neh semua? Tak faham aku.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa keluar PR sekiranya masih mahu meneruskan  pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud di sidang Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika ditemui media di lobi Dewan Rakyat berkata, Abdul Hadi tidak seharusnya membentang RUU berkaitan hudud atas kapasitinya sebagai pemimpin pakatan pembangkang kerana ia diluar perbincangan pihak Pas dan PR.

"Jika Hadi terus nak bentangkan usul tersebut (hudud), lebih baik dia tinggalkan Pakatan Rakyat, dia tentu berhak sebagai seorang Ahli Parlimen untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Selain itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan itu turut mengumumkan pendiriannya untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi.

"Saya kesal dengan tindakan tidak jujur dia (Abdul Hadi).

"Hadi telah mengkhianati serta memungkiri janji yang dibuat kepada PR. Oleh itu dia harus keluar dari Pakatan," tegasnya. -SH.

Share this :

Previous
Next Post »