t>

Breaking News

Kereta Allahyarham Nik Aziz Utk Dijual - Pembeli YG Tawar Harga Tertinggi Bakal Memiliki Kereta Arwah TGNA.

Agak kontroversi juga urusan jual-beli kenderaan yang pernah digunakan oleh arwah tuan guru Nik Aziz sebenarnya neh.

Ada yang timbulkan persoalan.

1. Kereta ini kereta mewah. Maka TGNA tak la sezuhud yang disangka.

2. Bukan dia guna PROTON ke? La, itu untuk tayang depan orang. Sebenarnya dia ada kenderaan mewah juga.

3. Ini bukan kereta yang sultan Kelantan hadiahkan ke? Patutnya sedekahkan duit2 jualan tue pada anak-anak yatim.

4. Minta jangan timbulkan fitnah atas urusan jual-beli kereta neh boleh tak? Selagi tiada pengakuan dari anak2 TGNA, memang taknak percaya jualan kereta tersebut (dengan membayangkan urusan jual-beli itu seperti sesuatu yang salah).

Baikla.

Ini kereta milik arwah tuan guru yang mahu dijual. Dan iklan yang dimaksudkan.


Dan untuk rekod setakat ini harga tertinggi yang telah ditawarkan ialah 250,000.

Lihat ;


Dan dikatakan tawaran terbuka untuk kenderaan tersebut telah pun ditutup. Ini mesej wassap antara pihak pengiklan dengan salah seorang anak arwah tuan guru.


Maknanya. Urusan jual beli kenderaan itu benar-benar wujud dan berlaku. Kalau tak buat apa terang-terang sebar di wassap. Lepas tue buta2 je kena marah dengan orang, ye tak?

Ha Ha Ha

Tapi persoalannya, salah ke urusan jual beli tersebut? 

Aku tak faham. Kalau salah, kenapa dan di mana?

Pertama. Ada kenderaan yang dikelaskan sebagai 'mahal' tak bermaksud kita bermewah-mewahan. Jangan samakan macam konsep kenderaan yang dimiliki oleh Ustaz Nasruddin Tantawi dan Ustaz Zaharuddin, menantu tuan guru Haji Hadi.

Ustaz Nasruddin menangis karang ayat nak melawat TGHH yang sakit dan berada di luar negara. Dia kata tak mampu. Tapi pakai kenderaan mewah. Baru beli pula tue (pada ketika itu). Jadi orang ejek la. Orang pertikai sebab tak kena gaya.

Ustaz Zaharuddin pula kerana parti PAS menekankan konsep minta derma dan tindakan itu sering dikompangkan sebagai jihad. Tapi gaji guru PASTI sendiri tak terbela, berada di bawah paras gaji minima dan pemimpin2 tertentu dalam PAS sendiri mengamalkan gaya hidup mewah dalam mengutuk gaya hidup mewah pimpinan BN. Itu la yang kita kata bagai ketam mengajar anak agar berjalan lurus. Tapi diri sendiri pun jalan senget. Hadoi aii.

Konsep tuan guru pula berbeza. Bukan sahaja kenderaan tersebut dihadiahkan, bahkan dirinya sendiri memotong wang gaji untuk disalurkan kepada parti PAS atas nama perjuangan ke arah Islam.

Dompet pun tuan guru takde.

Sengaja taknak tinggal di rumah rasmi MB kerana taknak bebankan rakyat dengan kos penyelenggaraan. 

Bodyguard pun takde.

Nak jumpa pun senang tanpa ditekankan protokol sangat.

Setiap pagi mengajar kuliah.

Takde skandal, takde rasuah.

Dalam erti kata lain, kezuhudan tuan guru Nik Aziz terbukti dari segi tindakan dan pelaksanaan. Bukan sekadar kata-kata pemanis untuk menipu orang semata.

Yang kedua. Kenderaan tersebut dihadiahkan untuk memudahkan pergerakan dan urusan tuan guru ketika itu. 

Yang ketiga. Bila tuan guru dah takde, maka automatik kereta tersebut dianggap sebagai harta pusaka. Jualan tersebut mungkin bertujuan untuk memudahkan proses agihan ataupun kalau bukan sekalipun, ia adalah hak keluarga tuan guru untuk menjualnya. Kenapa pula kita nak sangka atau fikir negatif?

Boleh ke seseorang sangka negatif pada kau hanya semata-mata kau jual rumah pusaka untuk pembahagian harta benda milik orang tua kau sewaktu mereka masih hidup?

Takan nak jadikan point kenderaan tue kenderaan hadiah maka ianya bukan harta pusaka pula? So, lepas neh sesiapa yang hadiahkan apa-apa pada kita maka ianya bukan milik kita ke macam mana?

Keluarga TGNA tak entitle pun untuk MESTI/WAJIB derma segala-galanya pada anak yatim. Minta tolong jangan klise. Duit2 tue elok diberikan kepada anak yatim. Bukan duit kau. Duit dorang. Dorang punya pasal la nak guna cara mana selagi mana tak salah ikut aturan hidup.

Pada aku. Kalau pun ada isu nak persoalkan tindakan tersebut, aku akan persoalkan part menjual kereta kepada yang tawarkan harga tertinggi. Pada aku. Ia seolah-olah membayangkan betapa 'bertuahnya' memiliki kereta yang pernah digunakan oleh tuan guru. Dan perkara itu pula. Boleh mendorong ke arah seperti 'memuja' tuan guru. Maka, mungkin yang sayangkan tuan guru akan berasa terpanggil nak memiliki kenderaan tersebut.

Pada aku. Apa-apa kereta, apa-apa barangan tinggalan atau apa, sebenarnya ia hanyalah entiti biasa-biasa sahaja. Ada nilai kenangan tetapi tak bermaksud nilai kenangan itu perlu dimanipulasikan sehingga mendorong kepada langkah pemujaan.

Kereta tue tuan guru pernah guna, so?

Ini je yang aku fikir. Takde apa-apa lagi.

Pada aku, mungkin sewajarnya dijual mengikut harga pasaran sahaja. Tapi kalau ikut harga bidaan, tak bermaksud salah pula. Terserah la. Bukan kereta kita pun, jauh sekali kacau hidup kita, kenapa kita nak lebih-lebih sangat.

Sepanjang tuan guru hidup, ada banyak perkara2 baik dan di dalam kemampuannya arwah buat bagi membantu PAS menjadi sebuah organisasi Islam yang mengikut prinsip-prinsip Islam.

Sayangnya, selepas tuan guru semakin uzur dan tidak mampu lagi untuk membuat pembaharuan, perkembangan PAS terhenti disitu bahkan semakin teruk pula dari hari ke hari.

Aku rasa PAS dalam kerugian. Nilai kenangan terbaik yang tuan guru tinggalkan ialah perubahan-perubahan yang tuan guru sendiri lakukan melalui PAS. Tapi sayang pembaharuan--pembaharuan itu tidak pula diikuti oleh pemimpin-pemimpin PAS masa kini yang sibuk bertekak sesama sendiri.

Ha Ha Ha