t>

Breaking News

Mahfuz Sibuk Hal Sirul Sampai Tak Jaga Kawasan Sendiri.

Tidak dapat dinafikan Datuk Mahfuz Omar sememangnya seorang yang amat sibuk, daripada menjadi anggota Parlimen Pokok Sena sehinggalah kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Ketua Penerangan PAS Pusat dan pelbagai jawatan lain.
Tidak lupa, beliau kini juga amat sibuk dengan jawatan terbarunya sebagai ‘aktivis kemanusian’, menganjurkan sidang media telefon bersama Sirul Azhar Umar dan membawa keluarga bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar ke Australia.
Sungguh ‘prihatin’ Mahfuz dengan nasib yang menimpa Sirul, sehingga mengeluarkan duit poketnya untuk menaja pemergian keluarganya ke negara Kangaroo itu.
Namun di sebalik keprihatinan dan kesibukan Mahfuz terhadap nasib yang menimpa bekas anggota polis itu yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh, tanggungjawab pemimpin veteran PAS terhadap pengundi di kawasan Parlimen Pokok Sena mula dipersoalkan.
Ini kerana masalah bekalan air bersih yang membelenggu beberapa kawasan Pokok Sena, masih belum menemui jalan penyelesaian walaupun anggota Parlimennya merupakan seorang ‘orang besar’ (heavyweight) dalam arena politik tempatan, lapor MalaysiaGazette.
Parlimen Pokok Sena terdiri daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Bukit Lada dimenangi oleh BN manakala Bukit Pinang oleh PAS, manakala Derga pula dimenangi oleh calon DAP.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, masalah air di Pokok Sena amat serius mengakibatkan kehidupan kira-kira 3,000 hingga 4,000 penduduk di beberapa kampung di kawasan Parlimen itu terjejas.
Masalah bekalan air itu telah berlanjutan sejak sekian lama, tanpa mendapat pembelaan.
“Masalah air di Pokok Sena ini telah berlanjutan lama. Penduduk di kampung-kampung yang terjejas memang mengharapkan ia dapat diselesaikan secepat mungkin. Masalah air ini telah menjejaskan kehidupan mereka, termasuk anak-anak nak sekolah pun susah selain nak ambil wudhu pun sukar,” katanya.
Sehingga hari ini, tidak nampak tanda-tanda anggota Parlimen Pokok Sena itu akan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung terlibat, mungkin kerana terlalu sibuk.
Minggu lepas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri membawa perkhabaran gembira yang bakal menamatkan penderitaan penduduk Pokok Sena berhubung masalah bekalan air yang dihadapi mereka sejak sekian lamanya.
Beliau mengumumkan kerajaan persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) bersetuju membelanjakan RM60 juta untuk membina loji air di Pokok Sena bagi menyelesaikan masalah bekalan air penduduk. -FMT.