t>

Breaking News

Najib Tidak Boleh Isytihar Harta Kerana Ia Soal Keselamatan Kata KM Melaka.


KM Melaka nampak gayanya buat statement tak tengok kiri kanan Najib kot. Orang macam Najib kalau isytihar harta pun takde apa. Ini berlaku kerana kiri kanan Najib dan family2 Najib sentiasa dikelilingi bodyguard dan pengiring untuk ke mana-mana sahaja atas dasar keselamatan memandangkan peranan Najib sebagai perdana menteri. Kalau takde pengiring sekalipun tetap ada jurugambar yang siap mengikut ke mana saja termasukla ketika bersolat. Isytihar je. Kalau taknak buat public, buatla private. Yang mana parlimen boleh mengakses maklumat tersebut sebagai rujukan.

Jangan guna orang lain untuk buat taktik bagi mengalih perhatian la.
Orang tak bangang kot.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron hari ini mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Pandan yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli yang mengisytihar harta tetapi mencabar Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak berbuat demikian.

Menurut Idris, Perdana Menteri tidak boleh mengisytihar harta kerana ia akan melibatkan banyak isu keselamatan kepada Perdana Menteri sendiri kerana kalau Najib isytihar harta ia bukan untuk tujuan awam.

"Siapa Rafizi? Kalau Rafizi mengisytihar harta, siapa tahu yang dia simpan hartanya di bawah nama orang lain?

“Anwar Ibrahim juga pernah berbuat perkara yang sama. Kalau ikut daripada harta yang diisytihar Anwar, dia tidak boleh bergerak ke seluruh negara namun kalau kita lihat, Anwar ke merata tempat." katanya dipetik Astro Awani.


Pengisytiharan harta memang penting untuk menunjukkan kejujuran kita tetapi bukan untuk bermegah-megah atau sombong-sombong dan beliau berkata Rafizi sebenarnya ada harta yang tak diisytihar, yang diletakkan di bawah nama orang lain.

“Contoh macam saya, saya isytihar harta saya kepada perdana menteri. Kalau saya isytihar kepada orang awam, ia akan menjadi satu isu keselamatan. Orang awam akan tahu dan sebagainya. 

“Orang yang mengisytihar harta kepada orang awam ini, adalah orang yang yakin bahawa dia adalah bukan subjek kepada keselamatan dan sebagainya.

“Bukan keselamatan anda sahaja terancam namun anak-anak, isteri dan keluarga keluarga." tegasnya.

Ketua Menteri Melaka itu berkata tidak manjadi masalah baginya untuk melakukan pengiystiharan harta tersebut tetapi ia bukanlah satu keperluan.

Rafizi semalam tampil mendedahkan aset keseluruhan miliknya berjumlah RM1.6 juta termasuk hutang, pendapatan dan perbelanjaan sebelum dan selepas menjadi wakil rakyat.

Selepas bertindak mengisytiharkan harta sepertimana didesak pemimpin Umno, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli kini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan perkara sama. -Awani.