Pakcik Ini OKU Dan Disaman Kerana Meniaga.

Aduan disampaikan oleh seorang facebooker yang menggunakan nama 'Achik Gmie'. Menurut individu tersebut ;


"Korang kenal kan dengan orang ini. OKU yang jual jajan kat pasar malam. Hari ini dia kene saman dengan MPK sebab meniaga takde lesen. Kene saman dengan MPK.  Takde hati perut punya MPK. Org tu OKU dan meniaga tak minta sedekah pun. Pun kene saman. Kalau ye pun tak  suke suruh je dia balik jangan meniaga hari ini. 300 tu samannya. Yang cina jual cd dalam tu boleh pulak lepas"
‪#‎mpk‬


MPK merujuk kepada Majlis Perbandaran Klang.  Kejadian ini berlaku di Selangor. Harap MPK berikan penjelasan apa rasionalnya menyaman seorang OKU.

Dalam pada itu, aku harap MPK dan mana-mana majlis perbandaran, tolong la ubah protokol kerja mereka. Tindakan saman dan mencari duit ini bukan tindakan terpuji. Jika MPK atau mana-mana majlis memerlukan wang, sila denda kepada kesalahan yang lebih seriyus seperti pembuangan sampah sarap atau lain-lain hal yang berkaitan.

Majlis juga boleh dirikan bangunan dan menyewa bagi mendapatkan punca kewangan. Ini lagi bagus dari menyaman orang tak tentu hala kerana meniaga.

Peniaga-peniaga melayu dan kecil ini kebanyakkan pendapatan tak seberapa dan cukup-cukup makan aje. Sepatutnya jika mereka lakukan kesalahan atau melanggar peraturan, teguran dan tindakan membetulkan perlu dilakukan berbanding saman.

Jika peniaga gagal memperolehi lesen, maka berila pendidikan dan informasi macam mana mereka boleh memohon lesen. Kadang-kala peniaga-peniaga ini tidak tahu. Apatah lagi bila yang disaman itu seorang OKU. MPK seolah-olah menambahkan lagi garam atas luka.

Fikir-fikirlah kalau ada otak.

Share this :

Previous
Next Post »