Rafizi Akhirnya Isytiharkan Jumlah Harta - Memiliki Aset Sebanyak 1.56 Juta.


Bagus. Inila yang sepatutnya ahli politik lakukan. Jadi transparent. Pemimpin2 PR dan BN yang lain pula bagaimana? Berani kah sahut cabaran seperti Rafizi Ramli? Kalau dari sumber halal, kaya macam mana pun takan takut untuk dedahkan, betul tak?
-------------------------
Mengotakan kata-katanya, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan aset dan perbelanjaannya hari ini.

Ia menunjukkan pendapatan Rafizi sebanyak RM11,171 sebulan di samping mendapat faedah RM4,000 sebulan daripada Tabung Haji dan Amanah Saham Bhd.

Beliau juga mendapat RM3,000 sebulan sebagai perunding korporat.

Dia juga mengisytiharkan mempunyai aset bersih sebanyak RM1.56 juta dan hutang RM395,937.

Bagaimanapun, beliau juga dipercayai menyindir isteri perdana menteri Rosmah Mansor dengan berkata perbelanjaan menggunting rambutnya cuma RM10.

Rafizi mengambil langkah itu sebagai menyahut cabaran pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Alhabshee.

Syed Ali, ketua Umno Cheras, membangkitkan gesaan itu selepas pembangkang mengasak dalam itu kekayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

'Giliran PM bersihkan nama'

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata beliau membuat akuan berkanun dengan perincian harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaannya.

Beliau juga memberikan latar belakang pendapatan dan kedudukan hartanya sebelum menjadi ahli politik dan wakil rakyat.

“Saya mengambil langkah ini untuk menyahut cabaran pemimpin Umno sebelum ini supaya pimpinan Pakatan Rakyat mengisytiharkan harta,” katanya.

Beliau juga berkata jika beliau yang tiada sebarang jawatan dalam kerajaan boleh mengisytiharkan hartanya, perkara yang sama boleh dilakukan oleh anggota kabinet dan perdana menteri.

“Saya menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan kaedah ini untuk membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan yang tidak berpadanan dengan gaji,” katanya. - Mkini.

Share this :

Previous
Next Post »