Remaja Minum Racun Kerana Terlibat Dalam Konflik Pertukaran Agama.

Remaja yang terperangkap dalam kes pertukaran agama dimasukkan ke hospital selepas cuba membunuh diri dengan cara minum racun.

Bapanya S Ganesan memberitahu Malaysiakini bahawa anaknya Thiyaggurudeen mengaku minum kopi bercampur racun rumpai jenis paraquat dan dimasukkan ke wad di hospital besar Seremban.

“Saya tanya kenapa dan dia kata dia takut mereka (pihak berkuasa agama) mengambilnya dan beri dia pengalaman pahit lagi...

“Dia akui, dan dia beritahu doktor-doktor dan polis perkara sama,” katanya kepada Malaysiakini. -Mkini.

Share this :

Previous
Next Post »