t>

Breaking News

SOGO Mahu Saman Pakatan Rakyat 500 Juta Kerana Perhimpunan #KitaLawan Lapor Blog UMNO.


Terdapat satu penyebaran bahawa pihak pengurusan SOGO mahu menyaman PKR dan Pakatan Rakyat susulan dari demo #KitaLawan yang dianjurkan di hadapan pasaraya Sogo baru-baru ini. Pihak pengurusan SOGO dikatakan akan memfailkan saman kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat. 

Alasan kepada tindakan saman tersebut ialah pihak SOGO dikatakan kerugian sebanyak 500,000 pada hari perhimpunan tersebut dianjurkan berikutan mereka terpaksa menutup operasi pasaraya terkenal itu.

Pada tahun ini sahaja, dimaklumkan SOGO terpaksa menutup operasi pasaraya nya sebanyak 5 kali berikutan perhimpunan #Kitalawan yang dianjurkan sebagai tanda solidariti ke atas pemenjaraan Anwar Ibrahim atas pertuduhan liwat pada 10 Feb yang lepas. Anwar Ibrahim ialah ketua umum dalam PKR dan juga ahli parlimen bagi kerusi Permatang Pauh.

Penyebaran cerita saman ini sebenarnya dipetik menerusi pelbagai laporan portal dan laman blog UMNO. Kesahihannya masih diperiksa memandangkan PKR memaklumkan sehingga kini mereka tidak lagi menerima apa-apa notis berhubung tuntutan saman mengenai kes tersebut.

Dalam perkembangan yang berkaitan, bloggers UMNO turut menyebarkan bahawa SOGO akan menfailkan notis tuntutan saman pada isnin minggu hadapan.