Tambang KTMB Naik, Tarif Air Penang Naik Berkuatkuasa 1 April 2015.


Selain daripada beberapa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serentak dengan pelaksanaan GST, kenaikan kadar kereta sewa, tambang teksi dan bas ekpress, perkhidmatan tren seperti KTMB dan kadar air di Pulau Pinang juga akan turut dinaikkan dalam jangka waktu terdekat.

Kenaikan tarif air di Pulau Pinang akan berkuatkuasa pada 1 April yang juga merupakan hari pertama GST akan dilaksanakan serentak di seluruh negara secara menyeluruh selepas pelaksanaan ke arah GST dijalankan secara berperingkat demi peringkat bermula dari tahun 2012.

Dalam pada itu bekas menteri yang juga bekas ahli parlimen Temerloh, Saifuddin Abddulah menyatakan bahawa KTMB telah mengumumkan kenaikan tambang perkhidmatan mereka sebentar tadi.

 
Berita berkaitan kenaikan tambang KTMB itu belum lagi aku perolehi secara rasmi menerusi portal-portal berita alternatif. Tetapi status update berkenaan menyebabkan orang rasa marah dengan tindakan KTMB yang menaikkan tambang perkhidmatan mereka sedangkan sebelum ini menteri juga berkata pengangkutan awam ialah sifar GST. Jika sifar GST kena berlaku kenaikan demi kenaikan susulan dari pelaksanaan GST?

Yang menjadi satu hal juga. Kenapa masa ini pula air di Penang perlu dinaikkan? Kenapa perlu bersempena dengan pelaksanaan GST?

Nampak gayanya 1 April ialah hari barang naik secara besar-besaran. Ia adalah perayaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan di Malaysia. Apa pun tak boleh.

Share this :

Previous
Next Post »