Ulasan Tentang Video Aisyah BFM YG Kritik Hudud.

Aisyah Tajudin, kau sini jap

Den dah tgk bidio kontroversi Aisyah Tajudin ulas isu Hudud. Bidio itu hasil usahasamo antara Radio BFM dgn Projek Dialog. Makbapak Aisyah Tajudin adolah ahli DAP. Radio BFM pula ado Ezra Zaid, anak lelaki Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim seorg yg liberal dan anknya Ezra byk ikut jejak langkah bapak ey dlm beragamo. Nak dibandingkan dgn Aisyah Tajudin, Ezra Zaid lagi byk bidio utube yg boleh jadi kontroversi jikalau korang faham bhs omputih. Tapi nak buek mcm mano dah org melayu raso sumo penduduk dunio ni ckp melayu. Projek Dialog? Maleh den nak ulas. Korang ulas sendiri la.

Aisyah Tajudin + BFM + Projek Dialog + Ezra Zaid + Zaid Ibrahim + MakBapak Aisyah Tajudin = resipi terbaik utk hancurkan teras Islam melalui pemikiran umatnya

Itu persepsi awal lah. Setiap sekor ado hidden agenda masing-masing. Utk bersikap adil, kono ketopikan kesemuo sentimen tersebut baru boleh tgk bidio Aisyah Tajudin ulas Hudud. Bidio tu bukan kosong. Ado fakta. Ado point. Diulas dlm bentuk satira dan joke. Satira tu bermaksud sindiran la. Secara umumnya takdo penghinaan yg dibuek. Bidio tu jikalau dibuek dlm bhs omputih mungkin takkan jadi kontroversi. Mcm yg Ezra Zaid selalu buek. Cerdik jugak anak jantan Zaid Ibrahim sekor nih. Bidio Aisyah Tajudin itu sesuai utk masyarakat urban yg open minded. Dan bilo bidio itu dibahasa melayukan ia menjadi panas dan meletup ke dlm mainstream majoriti org melayu.

Kalau bentuk satira (sindiran) dan joke itu menjadi masalah dan sensitif bg org melayu, mako org melayu juga harus bersikap adil utk kondem juga penceramah selebriti seperti Ust Azhar Idrus dan Ust Kazim Elias. Ceramah UAI dan UKE kpd org ramai penuh dgn joke dan sindiran. UAI sbg contoh byk je membahan org dlm ceramahnya. 

Secara umumnya den tak bersetuju dgn ulasan berbentuk satira Aisyah Tajudin. Sobab pekara yg diulasnya iaitu Hudud adolah sensitif, berbentuk ilmu dan ia berkaitan dgn fahaman agama yg dianuti oleh majoriti penduduk negara ini. Environment negara ini belum boleh membenarkan bidio sebegini wujud. Atmosfera pemikiran majoriti kito belum open minded mcm negara barat. Malah di Msia ramai mrk-mrk yg tidak bertanggungjawab mmg menunggu bidio ini wujud utk di'spin' demi kepentingan puak mrk. Utk akan datang, nasihat den jgn buek bidio agamo berbentuk satira sebegini sampai kiamat. 

Tapi point-point yg dibicara dlm bidio itu den setuju. Sapo yg selalu ikuti wall den, mmg akan perasan bhw point-point yg diajukan Aisyah Tajudin adolah serupo dgn den. Mungkin Aisyah Tajudin folo fesbuk den kot. Ha Ha Ha. Dlm bidio itu Aisyah Tajudin pakai bhs melayu utk menerangkan akan maksudnya. Point utamo yg diulas oleh Aisyah Tajudin ialah apo nasib mangso-mangso banjir yg kini tinggal dlm khemah di Kelantan? Di sini Aisyah Tajudin nak gambarkan mano yg lobih penting, Hudud atau rumah bagi mangso-mangso banjir yg homeless? Di antara 2 pekara ini mano patut diutamokan? Itu bhs Aisyah Tajudin tapi kalau ikut bhs Syeikh Yusuf Qardhawi sudah pasti beliau akan memakai istilah Fiqh Al-Awlawiyyat. Fiqh keutamaan. Fiqh Prioriti. Dlm bhs omputih, First Things first.

Kalau ikut pemikiran Aisyah Tajudin dan Qardhawi dlm bab ini lobih kurang serupa je. Cumanya Qardhawi berbicara dlm bhs ilmu. Dlm buku Fiqh Al-Awlawiyyat karangan Qardhawi, jelas beliau mengatakan bhw perlu diselesaikan pekara-pekara lain dahulu sblm nak buek Hudud. Mmg lah dlm buku itu Qardhawi tidak menyebut banjir. Tapi kalau kau faham maksud yg mahu disampaikan oleh Qardhawi mako keutamaan haruslah diberi kpd mangso banjir dan hudud patut ditangguhkan buat sementara waktu.

Secara peribadinya den boleh menerimo bidio tersebut kecuali bab dio sindir tudung. Krn menutup aurat mmg wajib dan ia bukan disobabkan faktor Hudud atau Kelantan. Bab tu dio mmg bodoh la. Den ado perasan org-org yg mengutuk bidio Aisyah Tajudin adolah org-org yg samo memuji filem PK. Ironi sungguh. Filem PK adolah filem yg berbentuk satira. Kalau kau boleh terimo filem PK, mako kau sepatutnya boleh menerimo satira Aisyah Tajudin. Paria jugak korang punyo dabel stended.

Mmg bangang org yg mengugut mahu merogol dan membunuh Aisyah Tajudin disobabkan bidio itu. Kau sokong Hudud tapi dlm pado maso yg samo kau berniat nak buek jenayah Hudud. Tolonglah, babi pun tak bangang mcm kau.

Nak dibandingkan dgn Aisyah Tajudin, ado sorang lagi manusio yg mmg terang-terang menghina Hudud. Manusio tersebut pernah bercakap :

"Sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan."

Ini bukan satira. Ini penghinaan. Sekali lagi, penghinaan. Penghinaan terhadap hukum Al-Quran. Kalau dio tahu dan waras terhadap pengucapan ini, member boleh murtad beb. Patut manusio ini yg kau kutuk dgn semahu-mahunya. Bukan Aisyah Tajudin.


Sumber.

Share this :

Previous
Next Post »