Undang2 Hudud YG PAS Bawa Tidak Selari Dengan Alquran Kata Latheefa Koya.


Orang-orang yang berkelayakan bahas hudud dan mempersoalkan hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS ialah ;

- Rakyat Kelantan

- Rakyat Malaysia

- Pengkaji dan pakar undang-undang yang mana dia bersikap adil dan telus.

- Bertujuan untuk pemahaman dan pencerahan

- Mereka-mereka yang mempunyai hujah dan persoalan yang benar dan ikhlas 

Kak Lat tak termasuk dalam kategori ini sebab dia pro Kajang-movier dan pro fitnah Khalid Ibrahim. Alquran pun tak anjur fitnah. Membuat tuduhan. Tapi slumber jek kak Lat buat. Apa citer?

Baca ;

Undang-undang hudud yang diperjuangkan oleh PAS tidak selari dengan ajaran Al-Quran, kata pemimpin PKR, Latheefa Koya.

Latheefa kemudiannya menyenaraikan empat perbezaan diantara hudud berasaskan Quran dan enakmen hudud 1993 yang diperkenalkan oleh PAS.

Sebagai contoh, dalam Al- Quran tidak disebut apa-apa hukuman untuk kesalahan murtad, dakwa Latheefa.

"Undang-undang hudud PAS pasti tidak terdapat dalam Quran.

"Oleh itu, (hudud ciptaan PAS) wajar ditolak sama sekali. Ia merupakan ciptaan mereka sendiri. PAS mewujudkan kekeliruan dan kejahatan dengan menggunakan nama tuhan," ujarnya dipetik laporan portal The Malay Mail Online.

Bukan itu sahaja Latheefa menuduh hukuman merejam tidak disebut dalam Al- Quran sebagai satu hukuman, selain terdapat banyak kriteria dalam hukuman memotong tangan atau kaki dan menyalib.

Malah beliau mendakwa kriteria hudud PAS juga berbeza bersabit kesalahan rogol dan zina.

Latheefa berkata hukum hudud Quran merangkumi hukuman untuk enam kesalahan sahaja dan apa-apa yang berbeza dengan itu tidak boleh dianggap sebagai hudud.

Beliau bertegas orang Islam harus menyokong hudud Allah dan bukan versi "buatan manusia". 

Latheefa menyeru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghentikan serta merta usaha untuk membawa usul pelaksanaan hudud di Kelantan pada sidang Parlimen akan datang. -AntaraPos-.

Sedikit pendapat. Jika orang Islam harus sokong hudud Allah dan bukan hudud versi buatan manusia maka yang sepatutnya kak Lat buat ialah jadikan hudud buatan manusia oleh PAS itu kepada hudud ciptaan Allah. Bukan larang bawa usul hudud. Larang bawa usul hudud bermaksud kau sebenarnya menolak hudud. Jangan berlakon play safe. Lebih baik terus terang saja. Aku sendiri menolak pelaksanaan hudud. Walau aku hormati aspirasi rakyat Kelantan yang mungkin cenderung ke arah hudud. Cuma pendapat peribadi aku, aku tolak pelaksanaan hudud. Kerana aku ada masalah dengan PAS dan semua parti politik Malaysia pada ketika ini. Lebih cepat kita jadi jujur dan berterus terang lebih baik untuk diri kita.

Share this :

Previous
Next Post »