Warga Bangladesh Dapat Pangkat Datuk Di Pahang Viral Di Laman Sosial.

Rata-rata pengguna media sosial menjadikan tindakan tersebut sebagai bahan sindiran dan kutukan di laman sosial. Bahkan tak kurang juga yang mempersoalkan apakah kewajaran pangkat 'DATUK' diberikan kepada rakyat Bangladesh.

Sebenarnya, perkara ini tidak pelik di Malaysia pun.

Kita pernah anugerahkan pangkat 'Datuk' kepada Shah Rukh Khan.
Bahkan baru-baru neh kepada Jackie Chan juga.

Shah Rukh Khan ialah pelakon dari India.
Manakala Jackie Chan ialah pelakon dari Hong Kong.
Kedua-dua mereka juga bukan rakyat Malaysia.
Maka tidak aneh juga kenapa warga asing seperti kelahiran Bangladesh mendapat pangkat 'Datuk' di Malaysia.

Ini individu yang dimaksudkan menerima gelaran 'datuk'.


Individu berkenaan ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia. Bernama Hanif dan kini bergelar Datuk Hanif. Datuk Hanif ini juga dilaporkan telah menyumbang 1.5 juta ringgit Malaysia bagi membantu mangsa banjir di Pahang. Mungkin ini antara penyebab kenapa pangkat 'DATUK' diberikan kepadanya disamping atas kejayaannya menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.

Dipetik menerusi ;





Walaupun ramai yang mengeji, namun ada juga yang memuji. Tapi bila difikir-fikir semula, jika benar ahli perniagaan tersebut berjaya atas usaha sendiri dan mempunyai sikap pemurah (membantu mangsa banjir) maka tak la rasa ralat jika diberikan gelaran 'DATUK' kerana somehow dia menyumbang kembali kepada negara ini meskipun ini bukan negaranya.

Berbanding Jackie Chan dan Shah Rukh Khan. Sampai sekarang aku masih confuse. Apa jasa-jasa mereka kepada kita selain jual filem (itupun kau keluar duit sendiri dan mereka yang kaya raya) sehingga melayakkan mereka terima gelaran 'DATUK'? Ke beri gelaran sebab orang2 VVIP kat negara kita minat pelakon2 tersebut?

HA HA HA.

Share this :

Previous
Next Post »