t>

Breaking News

Abang Ketua Polis Negara Antara Peserta Yg Terlibat Dalam Demo Turunkan Salib Di Gereja Taman Medan.


Jika laporan polis sudah dibuat, maka kena la panggil kumpulan pendemo tersebut untuk menjalani siasatan. Jika laporan polis tidak dibuat, maka kira oke la tindakan Khalid call abangnya untuk ambil tahu apa yang sedang berlaku.

Jika setakat call-call dan menerima semua jawapan abangnya ok.. ok maka ianya bukan la siasatan telus pun. Kena faham. Apa pun berbalik la kepada protokol. Adakah laporan polis sudah dibuat. Jika tiada sembang nak salahkan polis ka IGP ka sebab tak siasat dengan betul itu semua takde kaitan dengan tajuk kot.

Tapi berbanding heret isu polis kat sini. Aku lebih berminat nak peduli dengan jabatan berkaitan agama. Apa kata agensi agama bila melihat kebodohan UMNO yang mendesak gereja turunkan salib lambang mereka. Tidak kah agensi agama sepatutnya berperanan dan berkata yang benar kat sini? Ka sebab kes neh UMNO yang bawa maka mereka berkira2 dan cuba play safe? Agensi agama dan ustaz-ustaz dalamnya elok p mati saja la kalau tak berani berkata benar tentang agama.

Laporan oleh Mkini ;

Wakil penduduk yang berhimpun menuntut salib sebuah gereja diturunkan di Petaling Jaya, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, kejadian tersebut tiada kena mengena dengan abangnya, ketua polis negara.

Malah, Abdullah yang juga ketua Umno cawangan Taman Lindungan Jaya menjelaskan, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga telah menghubunginya pagi tadi untuk bertanya tentang kejadian itu.

Menurut Abdullah, beliau menjelaskan kepada Khalid kehadirannya pada perhimpunan tersebut sebagai orang tengah antara penduduk Taman Medan dan pihak gereja.

"IGP dah telefon dan saya terangkan pada dia tentang isu ini. Ia tentang sekumpulan masyarakat bersama pihak gereja dan pihak gereja juga telah setuju untuk turunkan (salib). Jadi tiada isu.

"Dia (Khalid) cuma tanya saya. Dia panggil saya Lang. Dia tanya 'Lang, apa cerita?'. Kemudian saya terangkan.

"Lepas dengar (penerangan), dia kata OK," kata Abdullah kepada pemberita selepas sidang medianya di lobi Bangunan Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia sekiranya dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis jika perlu, Abdullah berkata beliau tidak mempunyai masalah.

"Saya tak ada masalah. Saya tak ada sangkaan jahat. Saya di sana untuk redakan keadaan.

“Saya jadi orang tengah antara penduduk dan pihak gereja," katanya lagi.