Adakah Kilang Tauhu Yang Kotor Ini Telah Dibuka Semula Soal Netizens.

Mula viral sejak beberapa hari yang lepas. 1 kes di mana 1 kilang tauhu dilaporkan mendapat notis penutupan disebabkan beroperasi dalam keadaan yang kotor lagi menjijikkan.

Ramai yang marah.

Pucuk yang selalu dijual kat kedai-kedai kan banyak yang jenis timbang. Kalau versi packet pula semua lebih kurang sama aje corak pembungkusannya.

Mereka fikir. Pucuk yang mereka pernah beli dan makan, mungkin datang dari kilang tersebut.

Berikut gambar2 yang menimbulkan kemarahan netizens sejak beberapa hari yang lepas.





Hmmm.

Bukan setakat nak muntah. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding bila terbayangkan mungkin la pernah beli pucuk buatan dari kilang tersebut. Jijik gile. Kotor. Sangat kotor.

Sebab tue sekarang. Kalau nak beli apa-apa. Cari la product muslim. Memang mahal sedikit. Tapi at least kau hilang rasa ragu nak telan. Benda masuk perut. Biarla yang halal dan bersih.

Dalam pada itu, pengguna media sosial juga turut mempersoalkan notis yang tersebar.

Rujuk ;


Notis arahan penutupan berakhir pada 22 April 2015. 

Inila yang menimbulkan keraguan di kalangan pengguna. Mereka ingin tahu ;

1. Adakah kilang berkenaan sudah beroperasi semula?

2. Jika ya, bukan kah patut didedahkan yang kilang berkenaan mengeluarkan pucuk berjenama apa dan bagaimana supaya pengguna boleh memboikot?

3. Apakah kesemua arahan kebersihan telah dipatuhi?

Sebenarnya. Tengok keadaan kilang tue kalau bersih pun tak layak dijadikan kilang proses makanan. Terlalu terbuka dan apa-apa binatang dan habuk boleh hinggap. Gila. Kilang proses makanan kena bertutup la. Bukan keadaan macam tue. Merapu sangat tue.

Kalau la pihak kesihatan boleh dedahkan ;

- Jenama pucuk yang dikeluarkan

- Apa lagi product yang diproses oleh kilang berkenaan

- Dah berapa lama mereka beroperasi

- Sejauh mana pengedaran barangan yang dia jual

Lebih baik. Sebagai pengguna. Aku wajar tahu semua maklumat2 tue. Senang sikit nak boikot product dari kilang tersebut.

Kbai.

Share this :

Previous
Next Post »