t>

Breaking News

Alhamdullilah, Rakyat Sudah Mula Terima GST Tidak Membebankan Kata Menteri.


Hasan Malek dilaporkan berkata ;

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek hari ini mengatakan, rakyat sudah memahami dan boleh menerima pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sejak dua minggu lalu.
Kesimpulan ini dibuat beliau berdasarkan statistik kementerian yang menunjukkan pengurangan dari segi bilangan aduan pengguna yang diterima.
"Saya melihat daripada statistik kementerian, nampaknya aduan sudah mulai berkurangan. Maknanya rakyat sudah mula memahami (GST).
“Bertentangan apa yang diwar-warkan sebelum ini di media sosial, dengan sikap pembangkang dan lain-lain, banyak yang negatif daripada positif. "Oleh itu alhamdulillah, dua minggu ini rakyat sudah boleh menerima hakikat GST tak membebankan mereka."


Beliau juga menyatakan, maklumat yang diperolehi daripada media massa mengenai GST membuatkan rakyat tidak ada masalah dalam memahami pelaksanaan cukai tersebut.
"GST satu sistem percukaian yang cukup telus. Maknanya, orang tak boleh lari dari membayar cukai dan sebagainya.
“Jadi rakyat sudah boleh memahami, apatah lagi maklumat yang diberikan semua stesen TV, radio, media dan lain-lain, mereka sudah cukup faham."
Sebelum ini dilaporkan, selepas enam hari GST dilaksanakan, kementerian menerima 692 aduan daripada pengguna melalui pusat gerakan anti pencatutan.
Sementara itu, Hasan turut mengulangi hasratnya berhubung penghapusan 10% caj perkhidmatan di restoran dan hotel.
Menurutnya, sementara menunggu keputusan mesyuarat mengenai perkara itu, restoran dan hotel disarankan agar meletakkan notis di pintu masuk premis mereka supaya pengguna sedia maklum mereka mengenakan 10% caj perkhidmatan.
"Saya nampak hotel yang mengenakan 10% caj perkhidmatan tak banyak, sebab tiada 'Collective Agreement' yang mereka tandatangani." -TMI.

Kayu pengukur yang digunakan oleh Hasan Malek ialah jumlah aduan yang diterima. Pada aku, andaian ini tidak tepat. Bukan macam tue caranya nak predict rakyat telah mula terima GST wahai Hasan Malek. 

Rakyat sebenarnya terpaksa terima GST. Kalau pun kita tak terima, kita tak boleh nak buat apa pun. Pertama. Katakanla kita lari ke kedai yang tiada GST. Kita berdepan dengan risiko kenaikan harga barang. Ini bukan cerita tipu. Siapa yang membeli mereka tahu. Kedua. Kalau dah sekeliling kita semua kedai berGST jek nak kena terima la membeli kat kedai macam tue. Bukan ada option lain. Takan kita boleh buat semua sendiri. Ye tak.

Berkenaan jumlah aduan yang semakin kurang. Itu berlaku kerana rakyat mungkin dah bosan. Nak mengadu atau taknak mengadu bukannya ada perubahan. Kau mengadu pong pang pong pang pun esok bangun pagi pergi kedai tetap ada GST. Bukan la mahsuh pun. So, rakyat jemu la. Mengadap realiti la. Mereka tahu aduan mereka tak bernilai. Sebab tue la aduan semakin susut. Itu puncanya. Sampai sekarang rakyat tak terima GST. Kalau Hasan Malek nak analisis yang lebih jujur, buat la kaji selidik. Bancian. Pergi rumah ke rumah. Dah lama kita tak buat bancian kan. Hah, kali neh buat la bancian tentang GST. Dari situ tahu la samada rakyat terima atau reject sistem percukaian GST ke atas mereka ataupun tidak.

Kbai.