t>

Breaking News

Benarkah Rosmah Belanja 3 Juta Untuk Kos Bunga Sahaja Di Majlis Persandingan Anak Tanya Mahathir.


Kalau 300 ribu pun mahal. Kita akan tertanya-tanya. Apakah pendapatan Najib Razak membolehkan dia memperuntukkan sehingga 300 ribu bagi hiasan bunga sahaja untuk majlis persandingan yang diadakan di KLCC pada bulan lepas.

Inikan pula 3 juta. Satu angka yang benar-benar mengundang spekulasi dan sangkaan serong terhadap Najib dan Rosmah suami isteri.

Mohon Najib mahupun Rosmah, sila jawab pertanyaan terbuka Mahathir itu. Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Baca ;

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menyerang isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam salah satu tulisan dalam blognya.

Menurut bekas perdana itu, apa yang dibangkitkannya dalam tulisan itu hanya mengenai gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan "mewah."

"Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan (ketika majlis perkahwinan anaknya).

"Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fkir ada yang fakta. Itu jadi masalah.

Dr Mahathir juga menambah, pendapatan sebagai seorang perdana menteri tidaklah tinggi.

Ketika menjawat tugas itu, katanya, beliau menerima pendapatan RM20,000 dan ia mencukup untuk dirinya dan keluarga beliau.