t>

Breaking News

Betul Ke 17 Individu Rancang Lakukan Keganasan Di KL - Boleh PDRM Buktikan?

Aku berat ahti nak mempercayai PDRM. Maaf. Aku memang berat ahti. Dan bertambah berat ahti bila aku nampak KPN update 2 daripada individu yang merancang melakukan keganasan di KL baru pulang dari Syria.

Ini kemaskini yang diperolehi dari twitter Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.


Kata KPN ;

- 17 telah ditahan pada semalam kerana merancang melakukan keganasan di KL. 2 dari mereka baru pulang dari Syria.

Aku sebenarnya memang tak pernah bersetuju mana-mana rakyat Malaysia terlibat dalam perang di mana-mana negara. Pada aku, setakat misi kemanusiaan, hantar bantuan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya aku sokong. Tapi untuk kau jadi militan, pegang senjata, apa semua aku memang tak setuju sebab aku berpendapat itu tidak boleh menyelesaikan masalah. Lagipun kita orang luar. Biarla rakyat di negara itu sendiri tentukan jika peperangan ialah jalan terbaik buat mereka. Kita sebagai orang luar better support dalam bantuan kemanusiaan. Bagi aku kalau kita ikut campur dalam perang itu bermaksud kita tambah masalah.

Tapi dalam waktu yang sama, aku perhatikan media Malaysia semacam memberikan gambaran buruk terhadap mereka-mereka yang berkaitan dengan Syria. Seperti yang kita tahu, Malaysia menjadi lokasi latihan dan rekruit serta mencari dana bagi membiayai operasi ketenteraan di Syria. Kau rasa dorang semua neh akan buat keganasan di KL dan cetuskan huru hara ke supaya nanti menjadi buruan polis? Aku tak rasa dorang akan buat macam tue.

17 yang ditahan neh aku tak pasti warganegara Malaysia atau orang luar tapi yang pasti aku tak fikir dorang akan buat kekacauan memandangkan Malaysia menjadi lokasi 'selamat' untuk mendapatkan pelbagai keperluan bagi melancarkan perjuangan mereka.

Bukan bermaksud aku sokong peperangan tapi aku tak fikir dorang akan lancar keganasan.

Tabung misi bantuan ke Syria ada banyak. Ini aje dah membuktikan yang Malaysia menjadi negara yang menyumbang kepada mereka-mereka yang terjejas angkara perang di Syria.

So memang pelik juga nak lakukan huru hara kat negara yang sering menderma untuk mangsa perang di Syria. Ini akan mencetuskan kebencian dan membuatkan orang rasa meluat nak derma lagi.

Dan rakyat juga akan rasa meluat nak bersangka baik pada mereka yang berjuang ke Syria.

Berjuang sana berjuang sini datang Malaysia buat huru hara. Rasanya orang akan sokong ka? Tak kan.

Sebenarnya aku rasa ada sesuatu sedang dilakukan PDRM.

Aku tak berapa pasti sangat motif dorang.

Tapi baru-baru neh ada salah seorang individu yang terfitnah konon terlibat dengan 'aktiviti keganasan' telah menghubungi aku dan menceritakan bagaimana media berperanan mencalarkan imej dia. Segala-gala yang tersiar di dalam akhbar adalah palsu termasuk usia sebenar dia. Dan dia menerima kesan buruk akibat dari pemberitaan yang salah itu. Pada aku, tidak cukup dengan menyalahkan pemberita semata-mata. Laporan mengenai tangkapan dan sebagainya neh, dorang dapat akses maklumat dari PDRM itu sendiri.

Aku pelik juga. Takan media tak takut kena saman. Ini maruah orang kot.

Tapi takpela. Aku nak tengok dulu 'permainan' PDRM kat sini. Kalau dorang sedang rancang sesuatu, kisah ini hanya sebahagian dari kronologi yang membentuk kepada perancangan sebenar mereka. Apa dia dan kenapa. Itu semua kena tengok selepas 'jalan cerita' yang dirangka, complete.

Bai.