British American Tobacco Malaysia Umum Penurunan Harga Rokok Berkuatkuasa Hari Ini.


British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia), syarikat pengeluar rokok terbesar di Malaysia mengumumkan penurunan jenama rokok keluarannya berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Urusan BAT Malaysia Stefano Chini berkata, syarikatnya memutuskan  untuk menyemak semula  harga tersebut untuk kembali kepada harga asal antara RM12 hingga RM14.

"Harga awal kami naik sebanyak RM0.50 bagi semua produk keluaran BAT kerana ia selari dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Bagaimanapun untuk kekal bersaing mengikut keadaan pasaran yang ada kini, keputusan kami merombak semula harga rokok kembali kepada asal sebelum 1 April," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun berdepan dengan banyak cabaran dalam mengekalkan harga, ‎Stefano berkata BAT memberi jaminan akan terus menghasilkan produk berkualiti tinggi kepada pengguna.

"Kami meminta maaf kepada rakan perniagaan dan pengguna berhubung sebarang kesulitan mengenai tarikh  dan potensi kelewatan dari segi teknikal yang berkaitan dengan penguatkuasaan harga baru," katanya.

Antara produk yang tersenarai BAT bagi penurunan harga rokok ialah ‎Dunhill  RM13.50, Benson&Hedges RM13.50, Pall Mall RM12, Kent RM13.50, dan Peter Stuyvesant RM12 dan Lucky Strike Plain RM14. - TMI

Share this :

Previous
Next Post »