t>

Breaking News

Demi GST, Ahmad Maslan Rela Dibaling Batu.

Sungguh ke? 


Kalau sungguh aku nak baling batu betul-betul ke Ahmad Maslan. Jangan nanti aku meninggal karang kau buat cerita yang kau dah maafkan aku bila aku betul-betul baling batu kat ko pula. Dulu kata tak kisah kena maki sebab GST. Lepas tue orang maki dia sebab meluat. Bila orang tue dah meninggal dunia dan-dan pula Ahmad Maslan kata sudi maafkan. Adoiyai. Bajet suci la plak. Jangan tengok pada perkataan maki saja. Memang hari2 kau kena maki pun. Tapi tengok la pada sebabnya. Kenapa orang ramai maki ko Ahmad Maslan oi.

Ahmad Maslan Maafkan Ayah Adam Adli.
Ahmad Maslan Maafkan Ayah Halim.Kalau dah maafkan, baguslah. Terima kasih. Tetapi jangan buat2 lupa. Sebelum neh Ahmad Maslan sendiri membenarkan orang ramai maki dia angkara GST. Katanya, takpe la maki dia. Jangan heret ibu bapa dia. Bila orang maki betul2, itu sebab galakan dari Ahmad Maslan sendiri kerana orang marah tertindas dengan cukai GST.
Posted by Ameno World on Tuesday, April 28, 2015
Laporan oleh FMT.
Datuk Ahmad Maslan tidak gentar untuk meneruskan penerangan tentang kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun dirinya berisiko dibaling batu.
Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, beliau tidak kisah dikutuk mahapun dibaling batu asalkan rakyat mendapat penerangan sebenar kebaikan GST. Katanya, selagi rakyat marah dan ugut untuk membaling batu, selagi itulah beliau akan turun padang untuk memberi penerangan.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, GST merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat dengan mengurangkan cukai daripada 10 peratus kepada enam peratus. “GST mengurangkan cukai dari 10 peratus kepada enam peratus. Semua barang kita pakai, baju, seluar, songkok, kasut, meja, kerusi, segala pinggan mangkuk 10 peratus cukai, tetapi GST menurunkan cukai itu kepada enam peratus,” katanya.

Dalam ceramah itu juga, Ahmad Maslan memberitahu beliau telah memaafkan bapa kepada seorang aktivis muda (Adam Adli) yang telah meninggal dunia kerana kemalangan. Katanya, walaupun arwah pernah menghinanya di laman sosial namun beliau telah memaafkan dan mendoakan rohnya dirahmati di alam kubur.
“Saya tidak doakan dia kemalangan tapi dia kemalangan dan meninggal dunia. Saya maafkan beliau semoga beliau dirahmati di dalam kubur.
“Saya ingin menurunkan cukai rakyat, tetapi mereka kata muka saya macam taik babi, ibu saya pun dia kata khinzir kerana saya nak turunkan cukai rakyat,” katanya. -TMI.