t>

Breaking News

Guru Putus Jari Maafkan Anak Murid.

Penyebaran insiden berkenaan agak emosi juga. Bukan oleh tuan punya badan = mangsa kejadian tetapi oleh pihak ketiga. Mula viral melalui aplikasi WhatsApp sebelum tersebar meluas melalui laman sosial seperti facebook, blog dan twitter.

Kononnya.

Jika kejadian berkenaan tertimpa ke anak pelajar atau anak murid. Ramai la pihak akan mula tuding jari dan turun padang menyiasat kes hingga ke akar umbi. Langsung tak beri ruang pada cikgu2 atau guru2 untuk membela diri.

Tapiiii.. bila perkara yang sama berbalik ke atas guru, perhatian yang diterima macam nak taknak je amek berat.

Sebenarnya tak betul langsung point tue. Sesetengah cikgu memang dalam ahti ada taman sangat. Kalau dah tuan punya guru pun steady, pihak ketiga tak perlu la lebih2. Lagipun, kejadian tak sengaja. Kalau disengajakan itu lain cerita. Macam sengaja pukul budak kuat2 sampai luka dan sengaja jemur budak tengah panas. Itu kan dah lain kesnya. 

Apa2 pun aku respect la cikgu yang putus jari separuh neh. Cool je perwatakan dia. Memang macam ini la guru yang kita cari2. Guru macam neh sebenarnya dah kurang atau hampir pupus. Yang bersepah ialah jenis mengajar sebab kerjaya (bukan atas niat nak mendidik anak murid) atau jenis mengajar sambil jual barang kat sekolah.

MUAHAHAHAHAHA.


“Saya tidak simpan dalam hati, saya reda dan saya maafkan pelajar itu. Dia tidak bersalah pun. Dia tidak perlu risau, saya maafkan dia.”

Itu luahan ikhlas seorang guru, Sharipuddin Jaafar, 53, yang hilang sebahagian jari telunjuk kanan akibat tersepit pintu kereta ketika salah seorang pelajarnya menutup pintu dengan kuat.

Walaupun jarinya putus, Sharipuddin yang juga guru disiplin dan mengajar subjek Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Merchu, di sini, tidak menyimpan dendam terhadap pelajar yang melakukannya malah reda dengan kejadian menimpanya.

Menceritakan semula kejadian itu, Sharipuddin berkata, ia berlaku pada Isnin lepas kira-kira jam 5.10 petang ketika menunggu di dalam kereta sambil pelajarnya memasukkan barang ke bahagian tempat duduk belakang kereta.

“Masa itu saya datang (ke sekolah) untuk latihan sepak takraw dan saya panggil pelajar untuk bantu saya. Saya berada di tempat pemandu tetapi tangan saya berada di luar kereta dan menghala ke tempat duduk belakang.

“Saya tidak sedar apa berlaku tetapi saya rasakan jari saya sakit seperti disengat tebuan. Kemudian saya tarik tangan saya, rupa-rupanya jari saya dah putus dan darah memancut keluar.

“Saya terus keluar daripada kereta dan tidak lama kemudian, ada seorang pelajar membawakan tuala dan saya menekap jari dengan tuala,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Sharipuddin berkata, dia ternampak bahagian hujung jarinya yang putus di atas jalan dan mengambilnya dan meletakkannya di atas tuala sebelum pengawal keselamatan yang berada di situ membawanya ke Hospital Kuala Kangsar.

“Mujur pengawal keselamatan berada berhampiran pada masa itu dan dia yang membawa saya ke hospital. Masa itu, jari saya tidaklah berasa sakit sangat namun ada rasa kebas dan pedih-pedih.

“Pada petang itu juga, saya dibawa ke Hospital Taiping dan doktor kata jari ini tidak boleh disambung lagi. Saya pun kata tidak mengapalah, saya reda dengan apa yang jadi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sharipuddin memaklumkan dia masih belum mengetahui siapa yang menutup pintu tersebut kerana tiada pelajar yang datang berjumpanya dan mengaku melakukan perkara tersebut.

Katanya, pelajar tersebut tidak perlu takut berjumpa dengannya kerana dia tidak akan memarahi pelajar itu dan tidak menyalahkannya di atas apa yang terjadi.

“Mungkin pelajar itu takut untuk berjumpa dengan saya namun saya tiada masalah dengan dia, saya maafkan dia. Walaupun saya guru disiplin, saya memang tiada masalah dengan mana-mana pelajar.

“Saya reda dan maafkan pelajar itu. Saya pun tidak berniat nak bawa perkara ini ke peringkat lebih atas. Semangat saya untuk mengajar juga sama seperti dulu, tidak berubah,” katanya.

Sementara itu, Sharipuddin memaklumkan dia membenarkan gambarnya diviralkan namun dengan syarat ia mestilah untuk kebaikan guru dan tidak menyusahkan mana-mana pihak.

“Kalau pelajar yang putus jari, saya rasa keadaannya tidak akan sama dengan guru yang putus jari. Kalau pelajar yang kena, saya rasa banyak pihak akan turun dan menyiasat perkara ini.

“Kalau saya fikir nak marah, saya tidak boleh mengajar. Ini pun saya risau bila cuti panjang, pelajar-pelajar saya akan ketinggalan pula,” katanya. -SH.