Ibu Sirul Berjumpa Mahathir, Dedahkan Banyak Rahsia - Gambar Pertemuan Viral Di Media Sosial.



Point penting.

- Mahathir dan beberapa wakil parti termasuk Mahfuz Omar telah mengadakan pertemuan tertutup dengan ibu kepada Sirul dan saudara terdekat.

- Dalam pertemuan tersebut, ibu Sirul mendedahkan beberapa perkara 'sulit' kepada Mahathir Mohammad.

- Pertemuan berlangsung di Putrajaya.

- Tujuan utama pertemuan tersebut ialah bagi membolehkan Sirul dilepaskan dari hukuman gantung sampai mati apatah lagi Sirul sebenarnya kambing hitam pada seseorang.

WOW.

Dan gambar-gambar pertemuan di atas kini viral di laman sosial. Di Malaysiakini tadi, Najib dilaporkan membatalkan sidang media selepas melancarkan projek perumahan penjawat awam 1 Malaysia - PPA1M dan pihak media dihalang dari mendekati Najib untuk bertanyakan soalan. Nama Mahathir disebut dan Najib terus beredar dari lokasi perasmian.

Hmmm..

Pergaduhan Mahathir dan Najib semakin seriyus. Semakin kena kutuk nyanyuk, semakin Mahathir melawan.

Baca laporan Awani ;

Ibu bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar, Piah Samad mengakui anaknya menjadi mangsa keadaan serta bakal dikambing hitamkan dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu

Menurut sumber, pertemuan tertutup Piah dan bapa saudara Sirul dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu merupakan sesi mendedahkan luahan hati seorang ibu yang mahukan anaknya dilepaskan dari hukuman gantung sampai mati.

"Pertemuan itu disertai Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar.

"Banyak rahsia sebenar diceritakan sendiri Piah dan bapa saudara Sirul kepada Dr Mahathir.

"Piah merayu dan memohon jasa baik Dr Mahathir untuk menyelamatkan anaknya dari hukuman gantung. Piah mempertahankan anaknya dan menyifatkan Sirul menjadi mangsa keadaan serta dikambing hitamkan," kata sumber itu kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pertemuan itu difahamkan berlangsung di di Yayasan Perdana, Putrajaya sekitar pukul 4 petang.

Sirul yang dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari lepas berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.

Dalam pada itu kata sumber berkenaan, Piah juga menjelaskan Sirul telah menerima arahan dan benar-benar teraniaya dalam kes berkenaan.

"Piah merayu kepada Dr Mahathir agar membantu mereka kerana katanya Sirul hanya menerima arahan. Piah berulang kali menyatakan anaknya teraniaya dan menjadi mangsa," kata sumber itu.

Dalam pada itu, sumber itu juga menghantar beberapa keping gambar pertemuan tertutup berkenaan dan jelas Khairuddin serta Mahfuz kelihatan bersama di dalam perbincangan berkenaan.

Bagaimanapun, usaha Astro AWANI untuk menghubungi kedua-dua mereka masih gagal.

Sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah tidak adil jika Sirul dan Azilah Hadri dikenakan hukuman bunuh kerana mereka hanya mengikut arahan.

Dr Mahathir turut menjelaskan, dia hanya bertanya siapa yang mengeluarkan perintah kepada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya.

Mahfuz turut dilaporkan sebelum ini mengaturkan pertemuan antara Piah dengan Dr Mahathir.

Mahfuz dilaporkan berkata, Piah ingin 'memberitahu sesuatu' yang ada kaitan dengan anaknya yang didapati bersalah membunuh Altantuya kepada negarawan itu. -Awani.

Share this :

Previous
Next Post »