Kempen Berkayuh Ke Tempat Kerja Oleh Datuk Bandar KL.

Kenapa dia pakai topi macam tue? Antara sukan yang aku minat ialah berbasikal. So aku macam tertanya la juga. Kenapa cara dia pakai topi macam tue? Bukankah hujung yang tajam tue sepatutnya di belakang?

Gambar yang dimaksudkan.

 
Bukan seorang menteri. Dia ialah datuk bandar KL. Yang pro kapitalisme dan tidak condong membela rakyat miskin tertindas jika rumah-rumah mereka dirobohkan.

Berkayuh ke tempat kerja merupakan salah satu kempen bagi mengalakan budaya berbasikal di kalangan masyarakat.

Sedikit petikan berita menerusi Metro ;


Sebenarnya. Aku menyokong juga kempen2 seperti ini. Pada aku idea ini bukan lah idea bangang ke apa. Tapi sayangnya. Buat masa sekarang ianya kurang bertepatan dengan keadaan semasa.

Berbasikal neh sebenarnya merupakan satu senaman juga. Kehidupan zaman sekarang neh sibuk. Kadang2 nak curi masa untuk bersenam pun susah. Kita boleh je gunakan alasan berbasikal ke tempat kerja untuk bersenam. Pada aku tak salah. Tapi ianya hanya terpakai jika ;

1. Masuk kerja waktu pagi - balik waktu petang.

2. Kalau masuk kerja waktu tengahari. Kepala hotak kau orang berpanas berpeluh bila sampai tempat kerja mestila rasa tak selesa dan nak mandi. Kalau balik rumah takpe juga.

3. Prasarana yang disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan 'pembasikal2 ke tempat kerja'. Lengkap ke? Mencukupi ke? Kat luar negara, depa siap ada lokar lagi kat train. Untuk pembasikal2 simpan topi dan kunci basikal. Parking khusus untuk basikal pun ada. Bawa basikal ke train then simpan kunci dalam lokar then naik train ke tempat kerja. Di Malaysia, kalau tempat kerja kau jauh, takan kau nak menampak 2,3 jam dengan berbasikal? Setakat 10-15 minit boleh la. Kalau 30 minit berbasikal even ketika cuaca redup pun badan kau akan berpeluh kaw2 punya la. Aku selalu berbasikal. Aku tahu sangat benda neh.

4. Lepas tue laluan khas berbasikal pun hanya terpakai kat tempat2 tertentu. Ada yang selamat ada yang menakutkan.

5. Harga basikal pun boleh tahan mahal nak mampos. Pergi la survey. Lebih mahal dari motor secondhand pun ada. Apa kata kerajaan bagi insentif dengan murahkan harga basikal dulu sebelum sembang kencang galak orang berbasikal ke tempat kerja. Oke?

6. Sejujurnya pada aku kempen ini bagus. Tapi perlu dipertingkatkan prasarana yang berkaitan sebelum kau kempen huha huha suruh orang berkayuh ke tempat kerja. 

7. Bayangkan kau perempuan. Berkayuh ke tempat kerja. Balik kerja pukul 9 malam. 10 malam. Kau rasa selamat ke persekitaran KL dengan suasana macam tue?

8. Tahap keselamatan di Malaysia neh teruk. Nenek pun kena rogol. Budak pun kena rogol. Lelaki pun kena rogol. Inikan pula perempuan. Kalau naik motor pun kena ragut. Ini pula naik basikal. Silap2 pakej kau dapat. Ragut kena. Rogol pun kena. Gila gak tue. Nak lebih gila macam shampoo 3 in one. Lepas ragut, rogol aku bunuh. Tak dasat ke tue?

9. Sebab tue kempen2 seperti ini hanya boleh dilaksanakan jika kerajaan terlebih dahulu meningkatkan prasarana berkaitan dan menyediakan tahap keselamatan yang sepatutnya bagi menyakinkan rakyat bahawa mereka selamat untuk berbasikal pada apa-apa waktu sekalipun.

Itu pada orang yang memang minat berbasikal macam aku. Boleh la melihatnya dan menilainya dari sudut yang positif. Pada yang memang meluat dengan basikal, sesia je la datuk bandar KL neh kena maki. Sebab bangang sangat kata dorang. Cuaca panas. Asyik ada penunggang basikal yang mati kena langgar lepas tue kalau hujan dah jadi satu hal susah nak bergerak. Mesti kena kutuk kaw2 punya la. Tak boleh nak salahkan dorang juga. Sememangnya cadangan ini ialah cadangan separuh masak. Suruh orang buat sesuatu tetapi benda tue tak lengkap lagi untuk orang follow sepenuhnya. Memang teruk ah tue. 

HA HA HA

Share this :

Previous
Next Post »